Home / Kenyataan Akhbar / Kenyataan Media : Penangguhan Bayaran Balik PTPTN Menggembirakan Belia. Bagaimana Pula Dengan Peminjam PTPK

Kenyataan Media : Penangguhan Bayaran Balik PTPTN Menggembirakan Belia. Bagaimana Pula Dengan Peminjam PTPK

KENYATAAN MEDIA
PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PTPTN MENGGEMBIRAKAN BELIA. BAGAIMANA PULA DENGAN PEMINJAM PTPK?

1. MAJLIS BELIA MALAYSIA (MBM) menyambut baik pengumuman Menteri Pendidikan, YB Dr. Maszlee Malik bahawa peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang masih tidak memperoleh gaji RM4,000 sebulan dikecualikan daripada membuat sebarang bayaran.

2. MBM percaya, penangguhan bayaran itu dibuat dengan mengambil kita keadaan ekonomi semasa dan tekanan rakyat terhadap kos sara hidup meningkat.

3. Namun begitu, MBM ingin turut menarik perhatian Kerajaan Malaysia khususnya dan Kementerian Tenaga Manusia agar juga memberikan perhatian dan insentif yang sama kepada para peminjam latihan kemahiran yang membuat pinjaman menerusi Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).

4. PTPK adalah di bawah Kementerian Tenaga Manusia (www.ptpk.gov.my) .PTPK di wujudkan khusus memberi pinjaman latihan kemahiran kepada mereka yang mendapatkan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) di negara ini.

5. Hakikat yang perlu di ketahui, TVET adalah pilihan utama kepada golongan belia yang tercicir akademik, golongan belia berisiko serta mereka yang miskin dan mempunayi cabaran kehidupan tersendiri. Namun kita tidak menolak TVET juga pilihan bagi yang cemerlang dalam pendidikan akademik tetapi jumlahnya amatlah kecil.

6. Melihat kepada itu, kerajaan juga perlu melihat akan kumpulan ini yang menggunakan pinjaman PTPK sebagai satu langkah untuk memulakan kehidupan yang lebih baik.

7. Andaikata insiatif yang sama seperti peminjam PTPTN dapat di berikan kepada peminjam PTPK, ianya sesuatu yang bersifat adil dan saksama yang akan memberikan impak besar kepada usaha kerajaan mensejahterakan rakyat.

MOHAMMAD RIZAN BIN HASSAN
KETUA PENERANGAN
MAJLIS BELIA MALAYSIA
TEL: 013-7733676

About faizal shuhaimi

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »