Home / Artikel / Konvensyen Belia Kebangsaan Dan Hari Belia Negara 2018 Oleh Jufitri Joha Naib Presiden MBM

Konvensyen Belia Kebangsaan Dan Hari Belia Negara 2018 Oleh Jufitri Joha Naib Presiden MBM

Konvensyen Belia Kebangsaan Dan Hari Belia Negara 2018

Oleh : Jufitri Bin Joha

Pengerusi Federasi Kebangsaan Pekerja Belia (FKPB)

Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM)

15 Mei saban tahun belia diiktiraf dan diraikan oleh pihak Kerajaan dengan Sambutan Hari Belia Negara. Namun tahun ini sambutan secara besar-besaran terpaksa ditangguhkan oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berikutan Malaysia baru sahaja melalui fasa demam Pilihanraya Umum ke-14. Namun Majlis Belia Malaysia (MBM) terus mengambil inisiatif menganjur Sambutan Hari Belia secara sederhana kerana ianya merupakan hari untuk belia.

MBM telah mengisi sambutan ini dengan menganjurkan Konvensyen Belia Kebangsaan (KBK) bertemakan Cakna Negaraku: Demokrasi, Populisme dan Sosialisasi Politik Belia Pasca PRU ke-14 di Pusat Belia Antarabangsa (IYC) Cheras. KBK telah membincangkan beberapa tema sebelum ini merangkumi Inovasi Sosial, Industri Kreatif dan Bangsa Angkasa namun pada kali KBK mengupas tema berkaitan demokrasi bersempena pasca PRU ke-14. Perbincangan sebegini juga bertujuan mendidik belia bagi meningkatkan kesedaran dan partisipasi belia di dalam ruang demokrasi. Sasaran KBS dan MBM juga mahu meningkatkan skor Domain Sosialisasi Politik Indeks Belia Malaysia yang disasarkan daripada 50.07 pada tahun 2017 kepada 75.00 menjelang tahun 2020. Skor domain ini merupakan skor yang terendah berbanding 11 domain yang lain.

KBK menampilkan dua panelis iaitu Pengarah Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir, (IPDM) Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr. Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri dan Y.B. Mohd. Syahbuddin Hashim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas (Parlimen Gua Musang) merangkap Pengerusi Tetap MBM. Perbincangan berlangsung dengan cukup ceria dan menarik seputar isu PRU ke 14, demokrasi, populisme dan partisipasi belia di dalam arena politik. Namun yang saya ingin ketengahkan ialah 8 resolusi KBK yang dirumus berdasarkan perbincangan dan perdebatan di antara panelis dan hadirin seperti berikut:

1. Memperkasa pertubuhan belia sebagai wahana melahirkan kepimpinan politik negara dan penentu kayu ukur kepada calon-calon belia yang berwibawa untuk bertanding di dalam PRU yang akan datang;

2. MBM akan mendokong kempen global “Not Too Young To Run” yang diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi mengadvokasi dan melobi lebih ramai belia mengisi wadah pembuat dasar dan keputusan di semua peringkat;

3. Menyeru parti-parti politik menampilkan lebih ramai calon-calon muda yang berkaliber bertanding di semua pentas demokrasi agar suara dan orientasi belia diwakili sebaiknya;

4. Meningkatkan kesedaran berterusan belia untuk mendaftar pemilih sebagai pengundi kerana satu undi amat besar maknanya untuk menentukan masa depan dan hala tuju Negara;

5. Memikirkan suatu mekanisme untuk menjadikan subjek berkaitan demokrasi dan kenegaraan diajar dalam kaedah menarik, praktikal dan interaktif;

6. Mempertingkatkan pendidikan politik, sivik dan kewarganegaraan dengan memperjelaskan peranan sebenar Kerajaan, pembangkang, wakil rakyat dan rakyat dalam ruang demokrasi;

7. Menangani isu tular dan mengendalikan persepsi dengan meningkatkan kesedaran belia dan rakyat menjadi warganegara yang kritis dan menyemak fakta; dan

8. Menubuhkan sekolah politik belia di peringkat kebangsaan bagi memfokuskan pendidikan politik  di kalangan belia.

Idea penubuhan sekolah politik belia nasional adalah yang menarik dan mendapat perhatian meluas. IPDM UUM sudah menyatakan kesanggupan bersama MBM bagi menggerakkan inisiatif yang baik ini. Memang terdapat pelbagai inisiatif pelbagai pihak terutamanya parti politik menubuhkan sekolah politik seperti Barisan Nasional melalui Barisan Nasional Youth Volunteer (BNYV), Parti Tindakan Demokrasi (DAP) dengan Sekolah Demokrasi dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan Sekolah Politik. Institut pemikir seperti Institut Darul Ehsan (IDE) juga dikhabarkan berhasrat mempunyai sekolah politik mereka tersendiri.

Berbeza dengan beberapa contoh sebentar tadi, MBM-IPDM berhasrat mewujudkan sekolah politik yang lebih bersifat nasional dan menyatukan belia pelbagai ideologi kepartian mahupun yang tidak berparti dalam suatu wadah bagi berbincang dan berdebat mengenai politik dan demokrasi.

Berdasarkan pengalaman saya menyertai sekolah politik anjuran Institut Kajian Dasar (IKD) pada akhir 90an, suka saya mengemukakan cadangan awal agar pengisian program sekolah politik diwarnai dengan modul-modul berkaitan konsep dan falsafah asas politik dan demokrasi bagi memberikan kefahaman meluas dan sebenarnya. Namun yang lebih praktikal adalah mendedahkan para belia tentang cara berpartisipasi dan menggunakan ruang politik dan demokrasi untuk menyumbang dan membuat perubahan demi kebaikan negara.

Berikutan itu. antara tema terpenting yang wajar ketengahkan adalah kepentingan suara pemimpin belia dalam penggubalan dasar dan proses membuat keputusan. Dengan melibatkan belia dalam urusan ini menurut Lansdown (Promoting Children’s Involvement in Democratic Decision Making, 2001) akan membawa kepada keputusan yang baik; memperkuatkan komitmen belia kepada kefahaman dan perlaksanaan demokrasi; dan memulihara kepentingan serta hak asasi belia.

Inisiatif ini akan diusahakan secepat mungkin melalui perbincangan awal bersama IPDM.

About faizal shuhaimi

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »