Home / Kenyataan Akhbar / Tahniah Tun M

Tahniah Tun M

Assalamualaikum dan Salam Menggerak Belia.

Majlis Belia Malaysia (MBM), menzahirkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir Mohamed di atas perlantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia Yang Ke-7. Tahniah juga di atas kejayaan Pakatan Harapan yang juga berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan hasil kemenangan pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU-14).

MBM sebagai badan induk pertubuhan belia di Malaysia menyeru masyarakat Malaysia menerima keputusan PRU-14 dengan hati terbuka. Sebagai negara yang menuju amalan demokrasi yang matang, tidak timbul amalan pilih kasih, balas dendam dan penafian hak terhadap pihak lawan apatah lagi panik terhadap apa yang berlaku.

MBM meyakini apa yang perlu kita lakukan bersama menunaikan tanggungjawab masing-masing dan bersama untuk membangunkan Malaysia menjadi lebih baik dan maju lagi.

Kepada semua parti politik yang bertanding, kita ucapkan tahniah di atas kerja keras yang menjadi sebahagian daripada warna pesta demokrasi. Yang menang tidak menang semua dan kalah tidak kalah seluruhnya dan semestinya memerlukan muhasabah sejujurnya sebagai ‘check and balance’ kepada negara.

Kepada semua penjawat awam, kita kembali kepada tugasan kita dalam melaksanakan dasar Kerajaan dan bekerja sebagai pelaksana yang terbaik sebagai tanda cinta dan kasih kepada negara tercinta ini.

Kepada generasi muda Malaysia, MBM menghargai kesungguhan dalam menyatakan suara dan masa depan anda. Slogan belia penentu masa depan negara ternyata bukan slogan kosong tanpa idelisma dan kesan.

MBM merakamkan jutaan terima kasih kepada kepimpinan terdahulu terutamanya YAB Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak dan YAB Timbalan Perdana Menteri Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia di atas sokongan tidak berbelah bahagi kepada MBM. Gandingan ‘wisdom’ ini di tambah dengan kesungguhan mantan Menteri Belia dan Sukan YB Khairy Jamaludin mencatatkan sejarah tersendiri dalam menggerakkan program-program ‘momental’ belia di seluruh negara ini.

Salah satu keutamaan kerajaan kini adalah memastikan pembangunan belia di Malaysia akan terus diperkasakan lagi, lebih-lebih lagi penglibatan anak muda dalam berpersatuan. Dengan cabaran yang ada, MBM akan sentiasa menyokong dan memberi pandangan kepada kepimpinan kerajaan dalam memastikan nasib dan masa depan generasi muda sentiasa dibela dan diberi keutamaan.

Pengharapan besar MBM ialah agar Malaysia di bawah kepimpinan YAB Tun Dr. Mahathir Mohamed, golongan belia akan terus sejahtera, bersatu padu, punyai nasionalisme yang tinggi, diperkukuhkan ekonomi dan berpendidikan serta berkemahiran tinggi.

Kepimpinan belia di semua peringkat mengucapkan selamat meneruskan agenda pembangunan Malaysia kepada YAB Tun Dr. Mahathir Mohamed, Perdana Menteri Malaysia dan semua kementerian dalam membangunkan belia di Malaysia.

Tahniah dan Selamat Maju Jaya.

Terima kasih

Yang Menjalankan Tugas,

PRESIDEN
MAJLIS BELIA MALAYSIA

12 Mei 2018

About admin

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »