Home / Berita / MyVOC Jom Visit lahirkan belia prihatin

MyVOC Jom Visit lahirkan belia prihatin

KERAMAT, 25 April – BERSABAR dan banyak bersabar. Sikap itu sangat penting untuk jadi pembimbing dan ibu kepada anak-anak bermasalah di rumah perlindungan di Pusat Kebajikan dan Perlindungan (Al-Haq), kata pengurusnya, Fadilah.

Pernah berkhidmat di jabatan masyarakat, Fadilah bercita-cita menyediakan ruang untuk membimbing anak-anak syurga ini menjalani kehidupan sempurna sepertimana insan-insan lain.

“Mendidik mereka perlu banyak bersabar, lebih rasional dan tenang. Purata 20 anak-anak kecil mendaftar di rumah perlindungan ini, setiap seorang datang dengan pelbagai isu dan masalah,” tambah beliau.

Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui Komuniti Sukarelawan Belia Malaysia (MyVOC) buat kali kedua menyantuni penghuni rumah ini apabila seramai 20 orang sukarelawan terlibat dalam program Jom Visit baru-baru ini. Turut serta Penolong Setiausaha Agung MBM, Hasnul Fairuz Hushin Amri.

“Kita ingin memberitahu kepada masyarakat, walau sesibuk manapun kita pastikan golongan ini tidak pernah dilupai malah kita sentiasa mendamping insan-insan yang memerlukan,” ujar Hasnul.

MBM akan sentiasa meneruskan aktiviti sebegini dalam mengangkat nilai kemanusiaan sebagai elemen terpenting pergerakan belia untuk kesejahteraan bersama.

Antara aktiviti yang dilakukan oleh sukarelawan ini termasuklah kerja-kerja pembersihan, menghias, membina mini perpustakaan, menyediakan makan tengahari, beramah mesra bersama penghuni dan lain-lain.

 

 

About faizal shuhaimi

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »