Home / Berita / Kepentingan pendidikan tidak formal dalam memberi peluang kedua

Kepentingan pendidikan tidak formal dalam memberi peluang kedua

KUALA LUMPUR, 16 April – Bakal pendidik masa kini harus mempunyai kesedaran akan pentingya pendekatan pendidikan tidak formal atau “informal educator” dalam mendekati golongan belia berisiko seperti penagih dadah, mat rempit, pekerja seks dan sebagainya.

Ketua Penerangan MBM, Sdr. Mohammad Rizan Hassan berkata, “golongan belia berisiko mempunyai kaedah yang tersendiri untuk didekati. Jika membawa mereka ke kelas, kuliah atau surau untuk tujuan mengubah mereka, anda akan gagal. Inilah gunanya “informal educator” yang mempunyai ilmu, pengalaman dan cara tersendiri dalam mendekati mereka.”

Beliau juga dalam sesi sembang santai Youth Ideas@Campus menegaskan bahawa kesukarelaan perlu dijadikan budaya dalam setiap diri individu, bukan hanya menjadi program yang perlu diikuti untuk menambah markah kokurikulum.

Dialog ini dijalankan di IPG Kampus Bahasa Antarabangsa Lembah Pantai. Turut hadir Ahli Jawatankuasa Pendidikan dan Penyelidikan MBM, Sdr. Muhamad Hanafi.

 

About faizal shuhaimi

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »