Home / Berita / Kesukarelaan perlu disemarakkan di kalangan mahasiswa

Kesukarelaan perlu disemarakkan di kalangan mahasiswa

BANGI 9 April – Golongan mahasiswa perlu menjadi ejen perubahan dalam masyarakat menerusi kegiatan kesukarelaan dan apabila mereka pulang ke komuniti mereka, segala ilmu boleh dikembangkan kepada orang lain.

Melalui program Youth Ideas@Campus, MBM sebagai badan induk pergerakan belia di negara ini mendekati golongan belia di institusi pengajian tinggi bagi memupuk semangat kesukarelaan.

Sesi sembang santai ini memberi ruang berbincang dan bertukar-tukar pandangan bersama kepemimpinan belia.

Penolong Setiausaha Agung MBM, Hasnul Fairuz Hushin Amri berkata, “apabila penuntut ini mendapat pendedahan melalui kerja kesukarelawan, mereka akan melihat perkara berkenaan sesuatu yang harus dimanfaatkan kepada masyarakat”.

“Mahasiswa jangan berasa terlalu selesa di menara gading, sebaliknya perlu turun padang mendekati masyarakat dengan cara mereka sendiri. Malah, mereka juga boleh berkolaborasi bersama MBM melalui platform yang disediakan seperti Komuniti Sukarelawan Belia Malaysia (MyVOC), Skuad MiB300, Salam Anak Muda dan lain-lain,” tambah beliau.

Dialog santai ini dijalankan di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Turut hadir Hasnul Haniff Harun, Exco MBM merangkap Pengerusi Biro Profesional dan Siswazah Muda MBM.

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »