Home / Berita / Belia Johor sertai program jati diri kesukarelaan

Belia Johor sertai program jati diri kesukarelaan

JOHOR BAHRU, 31 Mac – Program Jati Diri Kesukarelaan Belia (PJKB) peringkat negeri Johor berlangsung dengan jayanya melibatkan penyertaan 30 belia negeri ini dari pelbagai bidang dan kemahiran seperti pendidikan, perubatan, kulinari, automasi dan lain-lain.

Majlis penutup disempurnakan oleh Presiden Majlis Belia Negeri Johor, Sdr. Manndzri Hj Nasib. Bercakap semasa majlis itu beliau berkata, “program yang mengandungi ceramah motivasi, latihan dalam kumpulan dan gerakan lapangan tidak retorik tetapi ia merupakan evolusi pembelajaran berterusan yang mampu membuka minda dan membina jati diri golongan sasar”.

Tegasnya, kejayaan program tidak semestinya dicapai dalam tempoh segera tetapi kesan dan impaknya juga perlu dilihat dalam perspektif lebih besar iaitu jangka masa pendek dan panjang.

Program dua hari ini telah dipenuhi dengan pengisian modul latihan PJKB seperti sesi taklimat, pengenalan modul, Latihan Dalam Kumpulan “Menangani Situasi” yang dikendalikan oleh Encik Abil Fikri Ahmad, Ketua Fasilitator. Sesi petang pula bersama Sdr. Mohammad Rizan Hassan, Ketua Penerangan MBM dalam sesi perkongsian “Kerja Belia”.

Sempena program ini juga, satu gerakan kerja lapangan, program “Jom Kilat Peti Surat” telah berlangsung di Flat Larkin, Johor Bahru.

Program anjuran Komuniti Sukarelawan Belia Malaysia (MYVOC) Majlis Belia Malaysia (MBM) bersama Majlis Belia Negeri Johor mendapat kerjasama dari Pejabat Daerah Johor Bahru, Ahli Majlis MBJB Zon Larkin, KRT Flat Larkin dan Surau Flat Larkin.

Turut berlangsung selepas itu, sesi bersama Ikon Aktivis Sosial, Sdr. Syed Azmi AlHabshi di Surau Darul Akhirah.

PJKB merupakan salah satu teras utama MBM dalam melahirkan sukarelawan belia yang sentiasa bersedia berkhidmat dan berpengetahuan tinggi di dalam apa jua keadaan sama ada diperingkat nasional mahupun antarabangsa. Aktiviti yang dijalankan akan memberi pendedahan terhadap jati diri, sentiasa peka dan berkhidmat bila-bila masa.

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »