Home / Berita / Siaran Media : Siri Bual Bicara “Youth Leaders” Tajuk Siri 8 : “Kreativiti Politik Raih Sokongan Orang Muda”

Siaran Media : Siri Bual Bicara “Youth Leaders” Tajuk Siri 8 : “Kreativiti Politik Raih Sokongan Orang Muda”

SIARAN MEDIA

 

SIRI BUAL BICARA “YOUTH LEADERS”

TAJUK SIRI 8 : “KREATIVITI POLITIK RAIH SOKONGAN ORANG MUDA”

 

Generasi muda mempunyai peranan tersendiri. Kuasa mereka amat besar dan mampu menjadi penentu kepada pembentukan sesebuah kerajaan. Sama ada kerajaan atau parti politik yang ada hari ini mendengar kemahuan mereka atau sebaliknya, kita boleh menilai apa yang mereka rasai sekarang.

Bagi memahami kehendak dan mendekati golongan ini, Majlis Belia Malaysia (MBM) mengupas isu ini melalui siri bual bicara Youth Leaders dengan tajuk “Kreativiti Politik Raih Sokongan Orang Muda”.

Dialog ini menampilkan pemimpin muda dari berlainan latar belakang politik antaranya Shahril Hamdan, Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Amin Ahmad, Exco Angkatan Muda Keadilan serta Wan Emril Nizam Wan Embong, Presiden Majlis Belia Negeri Pahang sebagai moderator.

Shahril yang juga Pengerusi Biro Profesional Muda menyatakan, jumlah 42% daripada 15 juta pengundi yang sudah mendaftar sebagai pemilih merupakan trend atau perkembangan positif di kalangan majoriti golongan muda dalam negara ini mengenai kesedaran dan komitmen untuk terbabit dalam proses demokrasi.

Amin turut bersetuju dan menambah perlunya proses pendaftaran dipermudahkan seperti kaedah automatik apabila mencapai had umur supaya golongan muda diberi rangsangan dan semangat ke arah melahirkan lebih ramai lagi terlibat dalam proses demokrasi.

Menyentuh mengenai penglibatan anak muda dalam politik, Shahril menyatakan literasi politik perlu dibezakan dengan semangat kepartian. “Lazimnya dalam kebanyakan negara di dunia semakin maju negara itu semakin kurang keahlian dalam parti politik. Dalam konteks Pemuda UMNO, kita melihat golongan muda dalam pelbagai segmen atau minat. Jadi kita pastikan produk-produk kita sesuai dengan golongan muda yang pelbagai ini”.

Amin pula melihat aspek survival anak muda perlu diberi keutamaan dan inilah yang diperjuangkan oleh parti Keadilan selama ini. “Jika kita mahu melihat kepada kelompok anak muda, kita perlu melihat secara holistik maksudnya walaupun parti politik tak mungkin mendapat undi dari kelompok bawah 18 tahun namun dari perancangan aspek dasar dan polisi kita perlu melihat 30 tahun kehadapan” ujarnya yang juga merupakan Ketua Biro Latihan Keadilan.

“Bagi Pemuda UMNO khususnya Barisan Nasional, kita memberikan neratif atau tawaran kepada golongan muda masa depan yang lebih lestari, realistik serta bertanggungjawab. Apa yang kita harapkan golongan muda bijak menilai manifesto yang disajikan oleh parti-parti politik kerana janji kita bukan untuk setahun dua tetapi untuk jangka masa panjang” kata Shahril di akhir sesi dialog.

Amin menyatakan pendekatan berbeza di pihak Pakatan Harapan, “kita melihat dalam konteks hari ini dan tidak boleh lari dari realitinya. Oleh itu, belanjawan negara perlu diberi penekanan menyeluruh dalam erti kata pembangunan lebih sekata dan rakyat merasai impaknya”.

Video penuh temu bual ini boleh disaksikan dan juga dimuat turun melalui platform media MBM seperti yang dinyatakan di bawah.

Klik link dibawah untuk saksikan
https://www.youtube.com/majlisbeliamalaysia

atau boleh juga saksikan di fb ini
https://www.facebook.com/malaysianyouthcouncil/ 

Sebarang pertanyaan mengenai program ini, sila hubungi Sdr. Mohammad Rizan Hassan, Ketua Penerangan MBM di talian (013) 773 3676.

 

Terima kasih.

 

 

AHMAD SAPARUDIN YUSUP

Setiausaha Agung

Majlis Belia Malaysia

 

Tarikh    :     30 Mac 2018

Tel          :     (013) 3734934

Emel       :     mbmsua@gmail.com

About faizal shuhaimi

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »