Home / Hebahan / Siaran Media : Siri Bual Bicara “Youth Leaders” Tajuk Siri 6 : “Kebersediaan Tenaga Kerja Masa Depan”

Siaran Media : Siri Bual Bicara “Youth Leaders” Tajuk Siri 6 : “Kebersediaan Tenaga Kerja Masa Depan”

SIARAN MEDIA

SIRI BUAL BICARA “YOUTH LEADERS”

TAJUK SIRI 6 : “KEBERSEDIAAN TENAGA KERJA MASA DEPAN”

 

Kehadiran Revolusi Industri 4.0 yang menekankan pembinaan teknologi realiti maya tanpa banyak menggunakan tenaga manusia pasti memberikan kesan terhadap pelbagai aspek kehidupan.

Dalam konteks ini, generasi muda perlu dipersiapkan dan bersedia dalam mendepani cabaran teknologi yang semakin mengila. Bagi membicarakan isu ini, Majlis Belia Malaysia (MBM) menampilkan dua pembicara, Muhammad Fadzli Hassan, Ahli Jawatankuasa Kerja MBM merangkap Presiden Majlis Belia Felda Malaysia dan Mohd Sazuan Abdul Hadi, Pengerusi Belia MTUC Kebangsaan. Siri ke-6 Bual Bicara Youth Leaders ini dipengerusikan oleh Mohammad Rizan Hassan, Ketua Penerangan MBM.

Menurut Mohd Sazuan, pekerja dan majikan perlu memainkan peranan masing-masing. Di pihak pekerja misalnya, mereka perlu bersedia mengubah budaya kerja lama dan siap sedia dengan multi-tasking seperti bekerja di atas talian. Bagi generasi baru pula, mereka perlu belajar menerima keadaan baru dalam bentuk digitalis dan automasi.

“Dalam masa sama, selaras perkembangan teknologi, pihak majikan juga perlu mengambilkira kebajikan pekerja dengan mewujudkan elaun khas bagi menampung kos-kos tambahan seperti bil telefon dan lain-lain dalam melaksanakan tugas-tugas rasmi”.

“Isu pendidikan juga perlu dinilai semula, apa yang berlaku sekarang adalah pendidikan lebih bersifat examination dan perlu ada penekanan sekolah ke arah kerjaya dan bukannya universiti semata-mata”, tambah Sazuan.

Mengulas kebersediaan tenaga muda, Muhammad Fadzli menyatakan terpulang kepada individu itu sendiri. Kerajaan mengambil berat perkara ini dan platform TN50 memperlihatkan keprihatinan kerajaan melihat masa depan khususnya dalam sektor tenaga kerja untuk tempoh 30 tahun akan datang.

“Sama ada kita sedar atau tidak, kebanyakan pekerjaan yang ada hari ini akan digantikan dengan teknologi robot, maka mahu tidak mahu kita perlu bersedia ke arah itu”.

“MBM sendiri sebagai contoh telah lama bergerak melalui inisiatif 1Belia 1Kemahiran (1B1K) bagi mendepani cabaran revolusi industri 4.0 manakala di pihak Majlis Belia Felda pula telah melancarkan Felda 2.0 yang memberi peluang baru new deal kepada generasi baru Felda dalam berhadapan isu ini. Dengan kaedah memperkasa tenaga kerja, konsep “terbuka dan terhubung” yang dilaksanakan membolehkan Felda bebas bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan yang lain untuk bergerak terus ke hadapan”, tambah beliau.

Video penuh temu bual ini boleh disaksikan dan juga dimuat turun melalui platform media MBM seperti yang dinyatakan di bawah.

Klik link dibawah untuk saksikan
https://www.youtube.com/majlisbeliamalaysia

atau boleh juga saksikan di fb ini
https://www.facebook.com/malaysianyouthcouncil/ 

Sebarang pertanyaan mengenai program ini, sila hubungi Sdr. Mohammad Rizan Hassan, Ketua Penerangan MBM di talian (013) 773 3676.

 

Terima kasih.

 

AHMAD SAPARUDIN YUSUP

Setiausaha Agung

Majlis Belia Malaysia

 

Tarikh    :     23 Mac 2018

Tel          :     (013) 3734934

Emel       :     mbmsua@gmail.com

About faizal shuhaimi

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »