Home / Hebahan / Siaran Media : Siri Bual Bicara “Youth Leaders” Tajuk Siri 4 : “Membela Nasib Belia Sabah-Sarawak”

Siaran Media : Siri Bual Bicara “Youth Leaders” Tajuk Siri 4 : “Membela Nasib Belia Sabah-Sarawak”

SIARAN MEDIA

SIRI BUAL BICARA “YOUTH LEADERS”

TAJUK SIRI 4 : “MEMBELA NASIB BELIA SABAH-SARAWAK”

Nasib golongan belia di Sabah dan Sarawak secara realitinya masih jauh ketinggalan baik dari sudut ekonomi, pendidikan, teknologi dan juga infrastruktur. Faktor tersebut telah menyumbang kepada terjadinya migrasi penduduk yang besar daripada kedua-dua negeri ini ke semenanjung Malaysia dan juga ke Singapura untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka.

Menurut Timbalan Presiden Majlis Belia Sabah, Azuwan Marjan @ Norjan, peluang kepada belia di Sabah untuk melanjutkan pelajaran terutamanya dalam bidang kemahiran masih terhad. Selain itu, belia di Sabah juga menghadapi kesukaran dalam mendapatkan peluang pekerjaan yang terjamin.

Tambah Azuwan,“tiada sektor industri yang bertapak di Sabah dan Sarawak, ini memyebabkan belia Sabah dan Sarawak merantau ke semenanjung dan Singapura. Selain itu, penetapan gaji minimum pekerja daripada Sabah dan Sarawak juga berbeza, kenapa perlu wujud perbezaan ini?”

Kenyataan Azuwan Marjan ini merujuk kepada penetapan gaji minimum RM920 kepada penduduk Sabah dan Sarawak, manakala RM1,000 bagi penduduk semenanjung walhal seluruh rakyat Malaysia membayar cukai pada kadar yang sama.

Pensyarah Akademik, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr. Madeline Berma yang turut hadir dalam sesi dialog Youth Leaders anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM) ini turut sependapat dengan kenyataan Azuwan bahawa terdapat jurang amat ketara antara belia di Sabah dan Sarawak dengan belia di semenanjung.

Menurut Prof. Dr. Madeline, “tidak dinafikan banyak usaha yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan dalam membangunkan penduduk di Sabah dan Sarawak, namun usaha ini dilihat masih belum mencapai impak keberkesanan secara menyeluruh”.

“Sebagai contoh, usaha kerajaan dalam menyediakan infrastruktur Lebuhraya Pan-Borneo adalah usaha yang bagus dalam meningkatkan jaringan perhubungan penduduk tetapi pihak kerajaan juga harus meningkatkan fasiliti dan infrastuktur lain bagi penduduk-penduduk di kawasan pedalaman terutama dari aspek kemudahan asas seperti jalan raya dan pengangkutan,” tambah beliau.

Sesi dialog yang mengupas tentang nasib belia di Sabah dan Sarawak ini dikendalikan oleh Naib Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi Mohd Samsudin yang bertindak sebagai moderator.

Video penuh temu bual ini boleh disaksikan dan juga dimuat turun melalui platform media MBM seperti yang dinyatakan di bawah.

Klik link dibawah untuk saksikan
https://www.youtube.com/majlisbeliamalaysia

atau boleh juga saksikan di fb ini
https://www.facebook.com/malaysianyouthcouncil/

Sebarang pertanyaan mengenai program ini, sila hubungi Sdr. Mohammad Rizan Hassan, Ketua Penerangan MBM di talian (013) 773 3676.

 

Terima kasih.

 

 

AHMAD SAPARUDIN YUSUP

Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia

Tarikh: 16 Mac 2018

Tel : (013) 3734934

Emel : mbmsua@gmail.com

About faizal shuhaimi

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »