Home / Hebahan / Siaran Media : Siri Bual Bicara “Youth Leaders” Tajuk Siri 3 : “Rasuah, Ketelusan Dan Tadbir Urus : Yakinkah Belia?

Siaran Media : Siri Bual Bicara “Youth Leaders” Tajuk Siri 3 : “Rasuah, Ketelusan Dan Tadbir Urus : Yakinkah Belia?

SIARAN MEDIA

SIRI BUAL BICARA “YOUTH LEADERS”

TAJUK SIRI 3 : “RASUAH, KETELUSAN DAN TADBIR URUS: YAKINKAH BELIA?”

 

Hukuman kepada pemberi rasuah dilihat tidak mampu untuk menyedarkan mereka tentang bahaya dan risiko dalam jenayah yang dilakukan. Hal ini menjadi faktor kepada meningkatnya kes rasuah dan salah laku integriti di kalangan masyarakat terutama golongan belia. Perkara ini dinyatakan oleh Datuk Akhbar Satar, Presiden Transparency International Malaysia dalam sesi bual bicara Youth Leaders dengan tajuk “Rasuah, Ketelusan dan Tadbir Urus: Yakinkah Belia” anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM).

“Akta lama, iaitu Akta Pencegahan Rasuah 1997 menggariskan hukuman kepada individu yang disabit kesalahan adalah 14 hari minimum, 20 tahun penjara dan lima kali ganda nilai suapan. Tetapi undang-undang baru ditetapkan kepada hukuman sehari minimum,” kata beliau.

Tambah beliau, golongan penerima rasuah adalah terdiri daripada golongan yang berpendapatan tinggi. Maka, mereka berkemampuan untuk membayar peguam hebat yang mampu membebaskan mereka daripada disabit kesalahan. Ini menjadikan mereka tidak takut kepada hukuman rasuah.

Sesi wacana ini juga menampilkan seorang lagi panel, Hasanul Amir Abdul Halim, Ahli Jawatankuasa Kerja MBM serta Ahmad Fahmi Mohd Samsudin, Naib Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia bertindak sebagai moderator.

Menurut Hasanul, jenayah rasuah perlu diletakkan sebagai musuh nombor satu negara. Ini kerana rasuah adalah punca kepada segala jenayah lain di negara ini termasuk dadah, mesin judi haram, nombor ekor dan banyak lagi terutama yang melibatkan majoritinya golongan belia.

“Antara penyebab yang mendorong kepada meningkatnya jenayah ini adalah sikap ingin cepat kaya khususnya golongan belia. Mereka inginkan hidup mewah dalam usia muda tanpa perlu bersusah-payah maka memilih jalan yang pintas untuk memajukan perniagaan dan sebagainya,” kata beliau.

“Pemimpin belia sendiri harus memberikan contoh terbaik dalam membentuk imej yang positif kepada ahli-ahli persatuan. Semangat kesukarelaan dan kebeliaan tanpa wujud sebarang elemen rasuah harus dibentuk kerana ia adalah nadi kekuatan kepada kelangsungan kepimpinan yang ada sekarang ini,” tambah beliau.

Video penuh temu bual ini boleh disaksikan dan juga dimuat turun melalui platform media MBM seperti yang dinyatakan di bawah.

Klik link dibawah untuk saksikan
https://www.youtube.com/majlisbeliamalaysia

atau boleh juga saksikan di fb ini
https://www.facebook.com/malaysianyouthcouncil/

Sebarang pertanyaan mengenai program ini, sila hubungi Sdr. Mohammad Rizan Hassan, Ketua Penerangan MBM di talian (013) 773 3676.

 

Terima kasih.

 

AHMAD SAPARUDIN YUSUP

Setiausaha Agung

Majlis Belia Malaysia

Tarikh: 13 Mac 2018

Tel : (013) 3734934

Emel : mbmsua@gmail

 

About faizal shuhaimi

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »