Home / Berita / Cakna Negaraku : Sidang Meja Bulat Semakan Berkala Sejagat (Universal Periodic Review UPR)

Cakna Negaraku : Sidang Meja Bulat Semakan Berkala Sejagat (Universal Periodic Review UPR)

Putrajaya, 3 Feb – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menganjurkan Cakna Negaraku Sidang Meja Bulat – Semakan Berkala Sejagat (Universal Periodic Review UPR) dengan kerjasama Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM).

Program dihadiri oleh ahli-ahli badan gabungan, mahasiswa, intelektual muda, peguam muda dan aktivis NGO.

UPR merupakan satu mekanisme yang diwujudkan oleh Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bertujuan menambah baik keadaan hak asasi manusia negara anggota dengan menilai rekod setiap empat tahun setengah. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan pemahaman di kalangan pihak berkepentingan termasuk golongan belia mengenai mekanisme UPR.

Ahli panel terdiri daripada Sdr. Jufitri Joha, Naib Presiden MBM, Prof Dr Asmah Laili Yeon, School of Law UUM, Prof. Madya Dr. Rozita binti Arshad, Pengurus Institut Pengurusan Kualiti UUM dan Wan Kasim Wan Kadir, Pegawai Bahagian Koordinasi Antarabangsa, SUHAKAM serta Sdr. Izzat Afifi Abdul Hamid, Exco MBM selaku moderator.

Di akhir perbincangan, sebuah jawatankuasa pemandu (steering committee) ditubuhkan bagi menyediakan syor dan cadangan MBM merangkumi pelbagai aspek.

Turut hadir Sdr. Eric Choo, Naib Presiden MBM, Sdr. Ahmad Saparudin Yusup, Setiausaha Agung MBM, Sdr. Mohammad Rizan Hassan, Ketua Penerangan MBM dan Sdr. Wan Mohd Husni Abdullah, Exco MBM.

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »