Home / Berita / Cakna Negaraku: Apa itu Populisme?

Cakna Negaraku: Apa itu Populisme?

23 Januari 2018 – Cakna Negaraku meneruskan siri program dengan mengadakan Forum berkenaan populisme yang diadakan di Kolej University Islam Selangor (KUIS). Ianya susulan daripada World Forum Democracy di Paris, Perancis yang dihadiri oleh wakil kepimpinan MBM bulan November lalu dimana isu berkenaan populisme diperdebatkan dan kesannya dalam mempengaruhi sistem perundangan dan demokrasi sesebuah negara.

Forum ini menampilkan Naib Presiden MBM, Sdr. Jufitri Joha sebagai ahli panel yang berkongsi idea dan pendapat mengenai isu ini bersama lebih 100 penuntut dan pensyarah KUIS. Dalam sesi perkongsiannya, beliau membincangkan kepentingan populisme dalam mendapatkan pengaruh kuasa dan politik dalam sesebuah masyarakat dan negara. Beliau menyatakan kebimbangan terhadap sikap masyarakat yang mudah dipengaruhi oleh berita-berita yang tidak berasas sekaligus mempengaruhi pemikiran dan tindakan mereka.

“Peranan belia penting untuk menjadi seorang fact-checker supaya kita boleh menjadi sebuah bangsa yang maju dan rasional,” katanya.

Forum ini turut dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Pendidikan dan Penyelidikan MBM, Sdr. Muhamad Hanafi.

 

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »