Home / Berita / Cakna Negaraku: 3.6 juta rakyat Malaysia tidak berdaftar sebagai pemilih

Cakna Negaraku: 3.6 juta rakyat Malaysia tidak berdaftar sebagai pemilih

22 Januari 2018 – Satu sidang meja bulat telah diadakan di ibu pejabat Majlis Belia Malaysia (MBM) bagi membincangkan perihal rakyat Malaysia yang tidak berdaftar sebagai pengundi. Laporan media menyatakan seramai 3.6 juta rakyat Malaysia masih belum berdaftar sebagai pemilih dan perkara ini telah dibincangkan oleh ahli panel, Masjaliza Hamzah yang merupakan wakil badan bukan kerajaan (NGO) WATAN yang aktif dalam melakukan kempen mendaftar sebagai pemilih di seluruh negara.

Laporan kajian dari Merdeka Center menyatakan majoriti (53%) yang tidak bedaftar sebagai pemilih menyatakan alasan tiada masa untuk berdaftar. Walaupun pelbagai inisiatif telah digerakkan, namun ia kelihatan masih belum cukup untuk menggalakkan lagi rakyat Malaysia terutama golongan belia untuk berdaftar. Naib Presiden MBM, Jufitri Joha menyeru agar pihak Kerajaan melakukan satu usaha yang menyeluruh agar dapat meningkatkan kesedaran orang ramai untuk bertindak sebagai pengundi.

Sidang meja bula ini turut dihadiri oleh Timbalan Presiden MBM, Sdr. Mohd Zaidi Aziz dan Penolong Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Fairuz Hushin Amri.

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino