Home / Berita / MIB300 Fasa 2 : Camp Of The Champ

MIB300 Fasa 2 : Camp Of The Champ

Gopeng, 21 Januari 2017 – Majlis Belia Malaysia selaku badan induk pertubuhan belia adalah organisasi bertanggungjawab dalam membentuk dan membina jati diri belia disamping mempersiapkan pelapis kepimpinan bukan sahaja dalam organisasi belia malah merangkumi semua aspek kepimpinan.

Sehubungan dengan itu, Majlis Belia Malaysia melalui Jawatankuasa Tetap Latihan dan Kepimpinan yang dipengerusikan oleh Sdr. Hasnul Fairuz Hushin Amri merangkap Penolong Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia telah menganjurkan Kursus Latihan Dan Kepimpinan MiB300 Fasa 2 yang dinamakan sebagai Camp Of The Champ.

Aktiviti 4 hari 3 malam yang bermula pada 18 hingga 21 Januari 2017 ini telah disertai seramai 89 orang peserta yang pernah menghadiri MiB300 fasa 1 yang terdiri daripada umur 18 hingga 27 tahun. Konsep pelaksanaan pada kali ini lebih kepada aktiviti luar menerusi 3 elemen utama iaitu khidmat masyarakat, ikhtiar hidup dan kesukarelaan. Antara kelainan aktiviti pada kali ini ialah aktiviti khidmat masyarakat, pendakian bukit dan meredah jeram, strategi peperangan dan peserta perlu memasaka sendiri makanan mereka.

Bagi aktiviti khidmat masyarakat, Kg. Sungai Itek telah dipilih untuk pelaksanaanya menerusi gotong royong membersihkan masjid, surau, dewan orang ramai, kawasan perkuburan dan rumah anak yatim. Para peserta juga perlu berusaha untuk mencari dana sendiri bagi membeli keperluan bagi aktiviti khidmat masyarakat ni.

MiB300 fasa 2 pada kali ini turut menampilkan tetamu khas iaitu YBhg. Datuk Hang Tuah Bin Din, Setiausaha Agung Alumni MBM merangkap bekas Exco MBM bagi sesi 2006-2010. Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YB. Datuk Shahrul Zaman Bin Datuk Yahaya, Exco Sumber Manusia, Belia dan Sukan Negeri Perak.

Beliau menyatakan bahawa pentingnya anak muda kini menyertai program seperti ini kerana melalui program ini pelbagai pengalaman dan kenangan baru dapat diperolehi dan sangat menarik untuk dikongsikan kepada orang lain.

MiB300 fasa 2 siri 1 ini telah diakhiri dengan majlis penyerahan cenderamata dan sijil serta sesi bergambar tetamu kehormat bersama para peserta.

 

 

About faizal shuhaimi

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino