Home / Berita / Kenyataan Media : MBM Membantah Resolusi Sekatan Minyak Sawit Oleh Kesatuan Eropah (EU)

Kenyataan Media : MBM Membantah Resolusi Sekatan Minyak Sawit Oleh Kesatuan Eropah (EU)

KENYATAAN MEDIA

 

MAJLIS BELIA MALAYSIA MEMBANTAH RESOLUSI

SEKATAN MINYAK SAWIT OLEH KESATUAN EROPAH (EU)

 

Majlis Belia Malaysia (MBM) kesal dengan resolusi sekatan produk sawit oleh Kesatuan Eropah (EU) dengan mengecualikan biofuel kelapa sawit daripada tenaga diperbaharui. Ianya juga merupakan penindasan bersifat pilih kasih serta langkah ke belakang dalam hubungan perdagangan EU dan Malaysia.

Sekatan ini akan menjejaskan kestabilan ekonomi negara kerana minyak sawit adalah antara penyumbang utama eksport negara dengan nilaian eksport lebih RM60 bilion setahun. Ianya juga melibatkan lebih 600,000 orang pekebun kecil sawit dan akan mengancam pendapatan mereka.

Selain memberi kesan kepada hubungan dagangan antara Malaysia dan EU ianya juga bercanggah dengan komitmen EU kepada Pertubuhan Dagangan Dunia (WTO).

MBM menyarankan kepada pihak kerajaan supaya mengikut SOP penanaman sawit yang telah disyorkan tanpa menjejaskan kualiti alam sekitar dan kekal sebagai pengeksport utama minyak sawit demi memastikan pekebun kecil tidak hilang mata pencarian mereka yang selama ini bergantung kepada pertanian ini.

MBM berharap kerajaan akan mengambil segala tindakan yang perlu untuk melindungi hak 600,000 petani kecil dan menjamin masa depan sektor minyak sawit yang mengeluarkan jutaan rakyat Malaysia daripada belenggu kemiskinan.

Sekian, terima kasih

 

MUA’AMAR GHADAFI JAMAL DATUK WIRA JAMALUDIN
Presiden
Majlis Belia Malaysia

 

Tarikh    : 15 Januari 2018

Telefon    : (019) 5599077

Emel       : mbm@belia.org.my

 

   

About faizal shuhaimi

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino