Home / Berita / Gerakan Sukarelawan Pasca Banjir Belia Pahang

Gerakan Sukarelawan Pasca Banjir Belia Pahang

Kuantan 7 Jan. – Majlis Belia Negeri Pahang dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan program Gerakan Sukarelawan Pasca Banjir Belia Pahang pada 6 Januari 2018 bertempat di SMK Kampung Gudang Rasau dan SMK Paya Besar, Kuantan, Pahang.

Seramai 100 orang sukarelawan Negeri Pahang terdiri dari pelbagai organisasi belia seperti Pengakap, Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Majlis Belia Negeri Pahang terlibat dalam program tersebut.

Pasukan ini telah dipecahkan kepada dua pasukan bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan keceriaan di lokasi terbabit yang menjadi pusat penempatan mangsa banjir. Usaha ini memandangkan kebanyakan mangsa telah pulang ke rumah masing-masing dan kerja-kerja pembersihan bertujuan membantu pihak sekolah membuka kembali sesi persekolahan.

Dalam musibah banjir baru-baru ini, Majlis Belia Negeri Pahang dan Majlis Belia Daerah turut terlibat dalam usaha pemindahan mangsa-mangsa banjir serta membantu di pusat-pusat pemindahan bersama-sama sukarelawan belia dan agensi-agensi kerajaan yang terlibat.

Presiden Majlis Belia Negeri Pahang, Sdr. Wan Emril Nizam Wan Embong berkata, “sebanyak 11 buah daerah terlibat dengan kejadian banjir kali ini dan kita telah mengarahkan setiap badan-badan gabungan dan majlis belia daerah untuk turut sama membantu mereka yang memerlukan di daerah masing-masing”.

“Kehadiran kita (sukarelawan) hari ini sebagai keprihatinan selain membantu meringankan pihak pengurusan sekolah di samping membudayakan semangat kesukarelaan dalam kalangan generasi muda khususnya di negeri ini”, tambah beliau.

MBM juga telah menyampaikan sumbangan kerusi kepada mangsa banjir melalui wakil Ketua Kampung Sri Damai, Tuan Haji Jamil bertempat di Dewan Orang Ramai Sri Damai Pekan, Pahang. Terdahulu, pusat penempatan mangsa banjir ini dikunjungi YAB Perdana Menteri yang bertanya khabar dan makan tengahari bersama masyarakat setempat.

Turut serta dalam program ini Presiden Majlis Belia Negeri Pahang, Sdr. Wan Emril Nizam Wan Embong, Sdr. Izzat Afifi Abdul Hamid, Exco MBM, Ketua Kg Gudang Rasau, Haji Khairul dan kepimpinan MBN Pahang.

 

 

                       

About faizal shuhaimi

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »