Home / Berita / MyVOC Ceriakan Rumah Mangsa Banjir

MyVOC Ceriakan Rumah Mangsa Banjir

Bukit Mertajam, 19 Nov – Majlis Belia Malaysia (MBM) bukan sekadar menghulur bantuan awal tetapi turut menghantar bantuan tenaga kerja sukarela menerusi Komuniti Sukarelawan Belia Malaysia (MyVOC) yang turut turun padang menceriakan rumah mangsa banjir besar di Pulau Pinang lalu.

Seawal pagi lagi MyVOC sudah berada di lapangan membantu kerja-kerja pembersihan rumah Kak Ina yang terletak di kampung Manggis, Bukit Mertajam merupakan salah sebuah rumah yang rosak teruk semasa banjir tersebut. Lokasi ini dipilih disebabkan beliau seorang ibu tunggal dan tinggal bersama anak perempuannya yang berusia 14 tahun.

Skop tugasan meliputi kerja-kerja membersih, mengecat, memasang peralatan dan keperluan di rumah ini.

Dalam masa sama, MyVOC turut membantu menceriakan rumah salah seorang ahli jawatankuasa kampung ini dengan menyumbangkan kelengkapan seperti tikar, meja, rak, cermin selain bantuan lain.

Pasukan seramai 30 orang ini diketuai oleh Puan Asfalinda Anuar, Naib Presiden MBM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita dan Keluarga.

Turut serta dalam aktiviti ini Sdr. Razali Mat Jini, Exco MBN Pulau Pinang merangkap Timbalan YDP MBD Seberang Perai Tengah, Sdr. Hazrul Hafizi Abd Halim, YDP MBD Seberang Perai Selatan, Sdr. Mohd Zaidi, YDP MBD Bukit Mertajam, Pergerakan Puteri Bukit Mertajam, Ahli Parlimen Belia Pulau Pinang, Sdri. Ameera Nadia serta sukarelawan MyVOC.

Asfalinda yang turut sama membantu, kagum dengan semangat tinggi para sukarelawan yang berada sepanjang hari di lokasi bagi membantu kerja-kerja pembersihan. “Kita berada di sini sehingga lewat petang dan ahli rombongan pulang meninggalkan kesan yang ”manis” buat mangsa terbabit”, katanya.

“Kita berharap kehadiran dan sumbangan ini sedikit sebanyak mampu menghadirkan keceriaan buat mereka”.

“Ini adalah sebahagian aktiviti belia prihatin yang mampu meringankan beban mangsa terbabit bagi membina kehidupan baru pasca banjir”, tambah beliau.

Kak Ina, 54 yang ditemui selepas program tersebut mengucapkan ribuan terima kasih kepada MBM, majlis belia negeri dan daerah dan semua sukarelawan yang membantu membersihkan rumahnya sekali gus dapat meringankan beban beliau.

“Saya tidak tahu hendak cakap apa dah. Saya seronok mereka datang beramai ramai bantu rumah saya ini. Terima kasihlah kepada semua yang datang hari ini (semalam),” katanya.

 

About faizal shuhaimi

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino