Home / Berita / Cerita Kami Sempena Program Gilap Bintang Wilayah Sentul 2017

Cerita Kami Sempena Program Gilap Bintang Wilayah Sentul 2017

Kepong 13 Nov – CERITA KAMI sempena PROGRAM GILAP BINTANG WILAYAH SENTUL 2017 telah berlangsung dengan suasana ceria di penghujung persekolahan di SK Menjalara, Kepong Kuala Lumpur.

Seramai 71 pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) dan 80 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) telah hadir mewakili 19 buah sekolah sekitar Daerah Sentul.

Kehadiran para aktivis ini adalah bertujuan membugarkan semangat para pelajar serta menanamkan keyakinan kepada mereka untuk terus berjuang mencapai kejayaan walau apa saja halangan dan cabaran yang di depani.

Dibahagi kepada 2 kumpulan iaitu para panel Sdr. Syed Azmi, Sdri.Alya,Kak Vimmi dan Sdri.Akmar mengendalikan sesi bersama pelajar sekolah rendah, manakala Sdr.Rizan, Sdr.Anas, Ust.Imran dan Sdr. Khairul mengendalikan sesi dengan pelajar sekolah menengah.

Kami berkongsi cerita
Kami mendengar luahan mereka
Kami memahami jiwa mereka
Kami ketawa bersama
Kami bergurau bersama
….dan kami membina hubungan seterusnya kerena kami tidak ahu bakat dan potensi mereka berkubur begitu saja.

Sdr. Rizan Hassan
Ketua Penerangan MBM / Ketua Sekretariat 1Belia 1Kemahiran
 

About faizal shuhaimi

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino