Home / Berita / EPU JPM DINOBAT JUARA LIGA BOLASEPAK HARI SUKAN NEGARA 2017

EPU JPM DINOBAT JUARA LIGA BOLASEPAK HARI SUKAN NEGARA 2017

Kuala Lumpur, 23 Okt – Pasukan EPU JPM (Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri) dinobat sebagai juara Perlawanan Liga Bolasepak Hari Sukan Negara 2017 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

EPU JPM berjaya menumpaskan MBM pada perlawanan akhir menerusi penentuan sepakan penalti 3-1 selepas kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan 0-0.

Liga kejuaraan yang julung-julung kali diadakan ini dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan bersama Majlis Belia Malaysia (MBM).

Sebanyak enam pasukan bertanding iaitu Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri (EPU JPM), Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM), Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Pusat Belia Antarabangsa (IYC) selain KBS dan MBM.

Pasukan MyT MBM turut disertai oleh Datuk Lokman Hakim Ali, Ketua Setiausaha KBS dan lagenda bolasepak negara, Azman Adnan.

Datuk Lokman berkata, kejohanan ini diadakan bagi menyemarakan Hari Sukan Negara dan  menggalakkan masyarakat khususnya belia membudayakan sukan. Selain itu, penglibatan agensi lain dalam kejohanan ini merupakan jalinan kerjasama dan sokongan kerana agensi ini banyak terlibat secara langsung dalam soal pembangunan belia selama ini.

Majlis penyampaian hadiah disampaikan oleh Timbalan Presiden MBM, Sdr. Mohd Zaidi Aziz kepada pemenang-pemenang.

Tahniah kepada semua pasukan bertanding atas semangat kesukanan yang tinggi, kita jumpa di lain kejohanan.

Keputusan penuh :

JUARA             EPU JPM

NAIB JUARA    MBM

KETIGA            PSM

 

About faizal shuhaimi

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »