Home / Berita / Kursus Kepimpinan MiB 300 Zon Utara

Kursus Kepimpinan MiB 300 Zon Utara

Baling, 10 September 2017: Majlis Belia Malaysia melalui Jawatankuasa Latihan dan Kepimpinan Majlis Belia Malaysia telah menganjurkan Kursus Kepimpinan MiB 300 Zon Utara yang dijalankan selama 3 hari bermula pada 8 hingga 10 September 2017 bertempat di Komplek Rakan Muda Baling Kedah. Kursus pada kali ini melibatkan para peserta dari kalangan ahli pertubuhan belia di negeri zon utara iaitu Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.

Istimewanya kursus pada kali ini telah diadakan juga program Cekodok Talk bersempena program MiB Zon Utara yang berkonsepkan perkongsian dan perbincangan santai sambil panel dan peserta menjamu cekodok. Panel cekodok talk pada kali ini menampilkan wakil pemimpin dari negeri zon utara iaitu Sdr. Hairi Mohammed, Yang Di Pertua MBN Perlis, Sdr. Zul Azri Mohd Sani, Setiausaha Kehormat MBN Kedah dan Sdr. Hafiz Ali, Setiausaha Agung MBN Pulau Pinang.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Sdr. Hasnul Fairuz Hushin Amri, Pengerusi Jawatankuasa Latihan dan Kepimpinan MBM merangkap Penolong Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia. Turut hadir sama Encik Mohd Syafik Abdullah, wakil Komplek Rakan Muda Baling Kedah bagi penerimaan cenderamata dari Majlis Belia Malaysia.

 

                                   

About faizal shuhaimi

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »