Home / Berita / Dialog TN50 : Fokus Kepada Masalah Sosial

Dialog TN50 : Fokus Kepada Masalah Sosial

Bangi, 20 Jun 2017 – Masalah sosial di negara ini kelihatan semakin meruncing dan menular dari semasa ke semasa. Terkini adalah kes-kes buli yang mendapat liputan meluas di seluruh negara. Masalah sosial ini harus diambil peduli oleh semua pihak agar gejala yang mengganggu kesejahteraan rakyat Malaysia ini dapat dibendung sedari awal lagi.

Kepentingan Bahasa Arab, kemudahan fasiliti, dan kesedaran jihad dalam pendidikan antara inspirasi yang dikongsikan oleh pelajar-pelajar IPG Bandar Baru Bangi dalam siri dialog Inspirasiku TN50 anjuran Myvoc – MBM Komuniti Pendidikan yang dihadiri 200 pelajar yang terdiri daripada pelbagai kursus dan bidang. Selain itu, bidang sukan dan ekonomi Malaysia juga disentuh dalam inspirasi mereka agar Malaysia menjadi salah satu negara yang maju dan makmur.

Siri dialog ini menampilkan ahli panelnya iaitu Ybhg. Datuk Haji Syed Hood bin Syed Edros, Pegawai Tugas-Tugas Khas Pejabat Menteri dan Sdr. Jufitri Joha,  Naib Presiden MBM merangkap Duta TN50. Turut hadir bersama adalah Sdr Hasnul Haniff Harun, Exco MBM.

 

.

 

 

About faizal shuhaimi

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »