Home / Berita / Dialog TN50 OKU Editon : Harap Kerajaan Dapat Memperluaskan Bahasa Isyarat

Dialog TN50 OKU Editon : Harap Kerajaan Dapat Memperluaskan Bahasa Isyarat

Ipoh 16 Jun – OKU Edition inisiatif Taj International College untuk mendengar aspirasi dari mereka Orang Kurang Upaya (OKU). Menerusi ucapan Yb Dato’ Shahrul Zaman Yahya beliau memberikan inspirasi baru bagi menggantikan perkataan Orang Kurang Upaya (OKU) kepada Orang Luar Biasa (OLB). Belia OLB berharap kerajaan dapat memperluaskan Bahasa Isyarat dengan mewujudkan lebih banyak jurubahasa. Selain itu juga mereka mengharapkan kerajaan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan yang bersesuaian untuk OLB. Penekanan juga kepada menambahkan pegawai-pegawai OLB di setiap jabatan/kementerian supaya mereka dapat memahami kehendak OLB. Disamping itu mereka mengharapkan penyediaan kemudahan prasana mesra OLB menggunakan teknologi tinggi.

Ini adalah beberapa aspirasi daripada OLB yang berkongsi dalam siri Dialog TN50 OKU Edition yang menampilkan ahli panel Yb. Dato’ Shahrul Zaman Yahya Exco Belia Dan Sukan Negeri Perak, Tuan Hj. Mua’amar Ghadafi Jamal Presiden MBM dan moderatornya oleh Sdr. Muhammad Danial Azli ADUN Belia Negeri Perak. Siri ini diadakan di Taj International College, Ipoh Perak.

Turut hadir Ketua Eksekutif  Taj International College Puan Tina dan Sdr. Hasnul Fairuz Penolong Setiausaha Agung MBM.

 

About faizal shuhaimi

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »