Home / Hebahan / Pendaftaran Konvensyen Belia Kebangsaan 2017 telah ditutup

Pendaftaran Konvensyen Belia Kebangsaan 2017 telah ditutup

KONVENSYEN BELIA KEBANGSAAN

SEMPENA SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA 2017

TEMA :“TRANSFORMASI NASIONAL 2050 : ASPIRASI KEPIMPINAN BANGSA ANGKASA”

Majlis Belia Malaysia (MBM) sukacitanya menjemput saudara saudari untuk bersama-sama kami menjayakan Konvensyen Belia Kebangsaan 2017 yang akan diadakan pada 15 Mei 2017 di Hotel Marriot, Putrajaya. Pendaftaran adalah terbuka kepada warga negara Malaysia yang berumur 15 – 40 tahun. Jika berminat, sila daftar  melalui borang yang disediakan di bawah.

Ringkasan Program

Bersempena Hari Belia Negara 2017, Majlis Belia Malaysia (MBM) akan menganjurkan Konvensyen Belia Kebangsaan pada 15 Mei 2017 (Isnin) di Grand Ballroom, Hotel Marriot Putrajaya dengan memberikan fokus kepada TN50, atau Transformasi Nasional 2050. Inisiatif ini juga memfokuskan aspek aspirasi kepimpinan  dalam merangka dan melibatkan diri dalam pembangunan belia yang merangkumi tahun 2020 hingga 2050.

Tema iaitu “Transformasi Nasional 2050 : Aspirasi Kepimpinan Bangsa Angkasa”. Berdasarkan tema tersebut merangkumi pemikiran baru ialah berfikir dalam kerangka minda mengikut peredaran masa, kreatif dan inovatif mencipta metodologi baru dalam membawa perubahan sebagai seorang kepimpinan. “Bangsa Angkasa” atau Space Nation adalah bangsa yang sentiasa mempunyai impian tertinggi “Petikan ini oleh YAB  Perdana Menteri Malaysia semasa ucapan perhimpunan UMNO 2007”.

MBM mengambil inisiatif atas kejayaan Dato’ Dr Sheikh Muszhapar Shukor yang meneroka alam ciptaan Tuhan mengharumkan nama Malaysia pada 10 Oktober 2007. Kejayaan sempena 10 tahun ke angkasawan ini tercatat dalam liputan sejarah dengan tinta emas yang terukir sepanjang zaman. Ke arah TN50 akan terus melangkah ke era penerokaan baru untuk memahami ilmu dan teknologi aeroangkasa. Usaha ini bukan sekadar menghantar seorang angkasawan, tetapi adalah simbol impian satu bangsa yang boleh mencapai kejayaan untuk menggalakan anak muda minat dalam bidang angkasa.

MBM menjemput 3 orang panel mempunyai kepakaran masing-masing iaitu Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor, Dr Wan Wardatul Amani Wan Salim dan Encik Syukran Idris akan berbincang tentang cabaran-cabaran yang bakal dihadapi belia menjelang tahun 2050, khususnya dalam bidang sains dan teknologi. Ia mengubah corak  pemikiran  generasi muda agar mereka lebih melibatkan diri  dalam sains angkasa dan juga melahirkan sebuah negara yang rakyat  bersemangat dan berdedikasi yang percaya  kepada diri untuk membawa negara ke satu tahap status yang lebih berkesan dan lebih tinggi.

 

ATUR CARA

KONVENSYEN BELIA KEBANGSAAN DAN SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA 2017

TEMA:  “TRANSFORMASI NASIONAL 2050 : ASPIRASI KEPIMPINAN BANGSA ANGKASA”

15 MEI 2017 | ISNIN |GRAND BALLROOM HOTEL MARRIOT PUTRAJAYA

7.30 pagi – 8.30 pagi Pendaftaran Peserta dan Minum Pagi

9.00 pagi – 10.15 pagi Sesi Perkongsian Pengalaman :

Panel I : Dr Sheikh Muszaphar Shukor (Angkasawan Malaysia Yang Pertama) Tajuk : Kembara ke Angkasa

Panel II : Dr Wan Wardatul Amani  (Wanita pertama Malaysia terlibat dalam misi penghantaran penyelidikan ke angkasa) Tajuk : Cabaran dan Kelebihan Bakal di  Hadapi Belia Menjelang 2050 dan Masa Depan Malaysia untuk menguasai Teknologi Angkasa

Panel III : En Syukran Idris  (Program Generasi Marikh) Tajuk : Kepimpinan Belia Generasi Marikh

Moderator : Sdr. Rizmel Nazrin Dato’ Abdul Malik  (Ahli Jawatankuasa Kerja MBM)

10.15 pagi Sesi Soal Jawab

10.30 pagi Sesi Cabutan Bertuah

11.00 pagi –

1.00 tengah hari Majlis Sambutan Hari

BORANG PENDAFTARAN [PENDAFTARAN TELAH DITUTUP]

About admin

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino