Home / Berita / Seramai 2300 Orang Kontinjen MBM Menyemarakkan Ekspresi Negaraku Di Kuala Kangsar

Seramai 2300 Orang Kontinjen MBM Menyemarakkan Ekspresi Negaraku Di Kuala Kangsar

Kuala Kangsar 16 April – Ribuan pengunjung hadir ke Dataran Pavilion Kuala Kangsar, Perak seawal 6.30 pagi pada 15 April 2017 bagi menyertai pelbagai aktiviti yang dirangka bagi menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat.

Program Ekspresi Negaraku adalah platform pertama untuk memacu inisiatif ‘Negaraku’ yang bertunjangkan semangat cintakan Malaysia.

“Ia acara yang meriah dan sesuai untuk seisi keluarga, penuh dengan pelbagai aktiviti menarik dan inte­raktif, diinspirasikan oleh kejayaan dan kemajuan yang kita telah kecapi sebagai sebuah negara.

Perak merupakan lokasi ketiga program itu dilangsungkan selepas ia dilancarkan pada 18 Mac lalu di Putrajaya oleh Perdana Menteri dan sebelum ini di Kedah 8 April.

Acara yang bermula seawal jam 7 pagi dimulai disertai kira-kira 10,000 peserta dengan pelbagai aktiviti seperti Larian Bendera Negaraku, senamrobik, gerai-gerai pameran dan barisan trak makanan.

Majlis pelancaran program ini dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan turut dihadiri Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir pada jam 9.30 pagi, sejurus selepas itu YAB Timbalan Perdana Menteri melawat sekitar tapak acara sambil diiringi oleh Menteri Besar Perak, Presiden MBM Tuan Hj, Mua’amar Ghadafi Jamal dan barisan vvip yang lain.

MBM tidak melepaskan peluang dengan menghantar penyertaan kontinjen teramai sebanyak 2300 orang bagi memeriahkan lagi program ini.

Sementara itu, orang ramai yang ditemui kebanyakkannya menyifatkan program berkenaan dapat memberikan inspirasi kecintaan kepada negara disamping mampu memberi impak dalam menyedarkan generasi betapa amannya negara ini.

 

About faizal shuhaimi

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino