Home / Edisi / Majlis Belia Daerah Maran lawat Awie
Zafril bersama Awie di beranda rumah yang menjadi tempat Awie berteduh

Majlis Belia Daerah Maran lawat Awie

MARAN – Penderitaan Sabri Abd Rahman yang menetap di rumah peninggalan orang tuanya yang hampir roboh akibat banjir di Kampung Pesagi di sini, mendapat perhatian Majlis Belia Daerah Maran.

Pengerusinya, Zafril Nasir berkata, beliau diminta oleh Ahli Parlimen Maran Datuk Sri Ismail Muttalib untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai Awie serta latar belakangnya dan mendapati beliau dan keluarga adalah penduduk asal di sini.

Menurutnya, susulan lawatan tersebut, permasalahan Awie berkaitan rumah akan diusulkan kepada Pejabat Parlimen Maran untuk tindakan lanjut.

“Majlis Belia sudah temuramah Awie. Berkenaan rumah, kami akan cuba bantu untuk memperelok tempat tinggalnya. Kami juga sudah menyiasat dan mendapatkan maklumbalas kenapa Awie tidak berkelayakan menerima bantuan lain. Memang ada sebab tertentu, apatah lagi Awie bekerja, masih berkeupayaan menoreh di kebun getah peninggalan orang tuanya.

“Dalam hal itu kita akan bantu juga merujuk kepada pihak tertentu dan pihak Awie sendiri diminta memberikan kerjasama kepada pihak-pihak yang ingin membantunya. Lagipun Awie minta beri perhatian fasal rumah pusakanya sahaja.

Hal-hal lain, dia sendiri memahami. Bagi pihak berkenaan akan ikhtiar menyakurkan maklumat kepada agensi berkenaan bagaimana mahu bantu baiki dinding rumah beliau yang rosak akibat banjir itu sama ada sesuai atau tidak ” katanya kepada Sinar Harian.

Zafril berkata, hasil lawatan dan aduan Awie turut akan dibentangkan kepada Ahli Parlimen Maran Datuk Seri Ismail Abd Muttalib untuk tindakan susulan.

About admin

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino