Home / Berita / Kunjungan SKMM Jalinan Kerjasama Mendidik Masyarakat Tentang Ancaman Dan Peluang Teknologi

Kunjungan SKMM Jalinan Kerjasama Mendidik Masyarakat Tentang Ancaman Dan Peluang Teknologi

image_pdfimage_print

Cheras 3 Mac – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menerima kunjungan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada 2 Mac 2017 di Wisma MBM, Kuala Lumpur.

Delegasi ini disambut oleh Sdr. Jufitri Joha, Naib Presiden MBM dan Sdr. Mohammad Rizan Hassan, Ketua Penerangan MBM yang memberi penerangan ringkas mengenai peranan dan fungsi MBM sebelum sesi pembentangan slide cadangan program advokasi oleh SKMM.

Kunjungan ini bertujuan membina satu jalinan kerjasama berbentuk advokasi dalam mendidik masyarakat khususnya generasi muda tentang ancaman dan peluang teknologi yang kini semakin dekat dengan diri manusia berteraskan 8 kumpulan sasar. Ini kerana hasil kajian, belia (15 hingga 40 tahun) adalah merupakan pengguna tertinggi kepada ases internet terutamanya media sosial.

Justeru itu, dengan kepakaran dan kemudahan yang dimiliki oleh SKMM serta MBM pula sebagai badan induk belia kepada rangkaian persatuan belia di peringkat negeri hingga ke akar umbi adalah merupakan kaedah terbaik untuk membangunkan komuniti digital yang berilmu, peka dan berhemah.

Para pemimpin belia perlu faham tentang cabaran dan kesan dunia siber dalam perkembangan akhlak masyarakat. Ia dilihat dari aspek kesan dan cabaran itu sendiri kepada golongan masyarakat khususnya belia. Setiap sesuatu itu ada pro dan kontranya dan pelbagai program perlu diwujudkan untuk menerangkan dari sudut kedua-dua aspek.

Dalam pertemuan ini juga, Sdr. Rizan melontarkan cadangan agar SKMM menubuhkan Mini IT Center di pusat perlindungan (remaja) mangsa jenayah media sosial yang berfungsi sebagai pendedahan dan mendidik mereka agar tidak kembali menjadi mangsa buat kali kedua. Ini kerana kebanyakan pusat pemulihan/perlindungan hanya menekankan soal keagamaan semata-mata.

Hasil pertemuan ini, MBM secara dasarnya bersetuju dengan cadangan kerjasama strategik SKMM- MBM dan akan dipanjangkan ke peringkat Ahli Jawatankuasa Kerja MBM untuk kelulusan serta pelaksanaan. Pertemuan diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati oleh MBM dan bergambar.

 

About faizal shuhaimi

Profile photo of faizal shuhaimi

Leave a Reply

Skip to toolbar