Home / Berita / Program BaikPulih Dan Penyelenggaraan (Siri 1)

Program BaikPulih Dan Penyelenggaraan (Siri 1)

image_pdfimage_print

Pandan Jaya 1 Mac – Program BaikPulih Dan Penyelenggaraan (Siri 1) adalah gerakan kesukarelaan dari Komuniti Belia Berkemahiran dalam memberi khidmat bakti terhadap kemahiran yang dimiliki. Tumpuan utama program ini ialah melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan asas yang memenuhi aspek keselamatan seperti pendawaian elektrik, pemeriksaan barangan elektrik dan elektronik dan lain-lain.

Program kali untuk Siri 1 ini bertempat di Rumah Kita (Rumah Perlindungan Remaja Perempuan Hamil) Pandan Jaya yang berlangsung selama 2 hari bermula 27 Februari hingga 28 Februari 2017.  Penglibatan seramai 10 orang Sukarelawan Komuniti Belia Berkemahiran ini melaksanakan aktiviti pemasangan lampu tanda keluar, pendawaian elektrik lampu tanda keluar, pemasangan soket lampu, pemasangan kipas siling, penyelenggaraan  wayar CCTV, pemasangan dan pendawaian lampu limpah keselamatan dan lain-lain.

Di akhir program ini dilaksanakan pelancaran Pusat Inovasi Sosial Belia MYVOC – MBM di Rumah Kita yang dilancarkan oleh Sdr. Ahmad Saparudin Yusup Setiausaha Agung MBM dan turut hadir Sdr. Rizan Hassan Ketua Penerangan MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun Exco MBM. Kak ViimmiYasmin Razak Pengasas Unggas KL, Puan Suziyana Natasya Pengarah Eksekutif Orlaith Inc.

About faizal shuhaimi

Profile photo of faizal shuhaimi

Leave a Reply

Skip to toolbar