Perlawanan Badminton Persahabatan 2017

Jitra 24 Februari – Perlawanan Badminton Persahabatan yang berlangsung JH Jaya Sport Center adalah anjuran bersama Majlis Belia Malaysia, Majlis Belia Negeri Kedah dan Majlis Belia Daerah Kubang Pasu. Perlawanan yang diadakan ini adalah bertujuan untuk mengeratkan silatulrahim di antara yang hadir.

MBM dihadiri oleh Timb. Presiden MBM Sdr. Zaidi Aziz, Naib Presiden MBM / Presiden Majlis Belia Negeri Kedah Sdr. Aizat Roslan, Naib Presiden MBM Sdr. Jufitri Joha, Ketua Penerangan MBM Sdr. Rizan Hassan, Exco MBM Sdr. Hasnul Haniff Harun, Exco MBM Sdr. Hasanul Amir, Timb. Presiden Majlis Belia Negeri Kedah, barisan pimpinan Majlis Belia Negeri Kedah dan Majlis Belia Daerah Kubang Pasu.

Perlawanan ini diserikan lagi dengan aktiviti cabutan bertuah yang disampaikan oleh Timb. Presiden MBM dan sesi bergambar kenangan.

 

     




Kursus Pemanduan 4×4 MBM cabar fizikal dan minda peserta

Raub, 20 Februari 2017 – Jalan licin, curang, selut, kayu balak, kesejukan, gelap, kerosakan kenderaan dan longkang telah memberi cabaran yang hebat kepada semua peserta Kursus Asas Pemanduan 4×4 Komuniti Belia Prihatin anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (MBM) dengan kerjasama Persatuan Pacuan Empat Roda Malaysia (MFWDA) yang telah berjaya diadakan pada 17 – 19 Februari 2017 di Sungai Kong Kong dan Sungai Liang, Raub, Pahang.

Seramai 70 orang peserta dari beberapa buah kelab 4×4 dengan kekuatan 21 buah kenderaan 4×4 telah menyertai kursus yang berlangsung selama tiga hari ini telah dilancarkan oleh YB. Dato’ Abd.Aziz Bin Haji Mat Kiram, ADUN Batu Talam, Pahang  bersama Sdr. Ahmad Daniar Ismail, Penolong Bendahari MBM pada jam 4 petang di perkarangan Rumah Rehat, Raub.

Kursus asas pemanduan 4X4 diadakan bagi memberikan pengetahuan kepada peserta mengenai teknik pemanduan kenderaan pacuan empat roda (4X4) dengan betul. Selain itu, penggunaan peralatan sokongan (recovery kits) amat penting bagi membolehkan mereka melalui perjalanan dengan lebih lancar serta berupaya membuat tindakan menyelamat (rescue). Kelancaran perjalanan kenderaan bukan sahaja terletak pada spesifikasi dan kemampuan kenderaan tersebut tetapi juga kebolehan pemandu (driver) mengawal kenderaan dengan baik serta teknik pembantu pemandu (co-driver) membuat tindakan pantas mengendalikan kenderaan dalam apa jua situasi. Antara pengisian  kursus adalah cara penggunaan winch, hi-lift jack, snacth block, glove, chainsaw, recovery strap serta penggunaan gear 4×4 yang sesuai.

https://www.youtube.com/watch?v=Iv8ysKw_4Vw




Pencarian Inovasi Akar Umbi 2017

Untuk pengetahuan anda, penganjuran MaGRIs adalah bertujuan untuk mempertingkatkan usaha pembangunan dan pengkomersialan inovasi akar umbi yang berpotensi di Malaysia disamping memberi peluang pembinaan kapasiti kepada inovator-inovator akar umbi tempatan.

Pada tahun 2016, program ini telah dianjurkan melalui kerjasama pelbagai pihak seperti kerajaan, industri dan para cendekiawan dimana 6 inovasi akar umbi telah berjaya dihasilkan dengan geran pembangunan yang diberikan kepada inovator-inovator tempatan.

Yayasan Inovasi Malaysia dengan bangganya ingin menjemput anda dan rakan-rakan anda untuk menyertai aktiviti Pencarian Inovasi Akar Umbi MaGRIs 2017 dan merebut peluang memenangi Geran Pembangunan Inovasi sebanyak RM30,000.

Tarikh akhir pendaftaran inovasi-inovasi akar umbi adalah pada 28hb Februari 2017.

 

​​​​​​​Kami mengalu-alukan penyertaan anda dan terlebih dahulu ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan anda. Adalah juga harapan kami supaya anda dapat berkongsi maklumat program ini dengan ahli keluarga, komuniti tempatan dan rakan-rakan sekalian.

 

Daftarlah inovasi-inovasi akar umbi anda sekarang!!

Untuk keterangan lanjut dan pendaftaran segera, sila klik link di bawah.

>>>> Pencarian Inovasi Akar Umbi 2017 (Mainstreaming Grassroots Innovations)​​​​​​​




Siri Dialog Transformasi Nasional (TN50)

Cheras 17 Feb – Siri Dialog Transformasi Nasional (TN50) adalah susulan daripada Dialog Perdana TN50 di Universiti Malaya yang dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Siri ini adalah anjuran bersama Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia (KBS).

TN50, atau Transformasi Nasional 2050, merupakan satu inisiatif pembangunan negara yang merangkumi tahun 2020 hingga 2050.
Inisiatif ini akan dipacu oleh matlamat dan sasaran yang jelas selama 30 tahun, yang akan dibangunkan melalui proses perundingan dalam fasa persediaan dari tahun 2017 hingga 2019.
Matlamat dan sasaran yang digariskan dalam dokumen dasar TN50 bakal diterbitkan pada awal tahun 2020

Siri ini berlangsung pada 16 Februari 2016 di Dewan Kampo, Pusat Belia Antarabangsa, Cheras yang bermula dengan sesi taklimat TN50 bersama Ybhg. Dato’ Lokman Hakim Ali Ketua Setiausaha Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia.

“We test, we retest, we validate your aspirations to develop the best policy for our future generation” – Dato’ Lokman Hakim Ali KSU KBS

Diteruskan dengan Siri Dialog TN50 bersama Ybg. Brig. Jen. Khairy Jamaluddin Menteri Belia Dan Sukan Malaysia dan moderator oleh Tuan Hj. Mua’mar Ghadafi Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM).

“The era of government knows best is over. If we do not listen to the youth, we are denying ourself the best asset of our nation”

“The best source of ideas is our people. TN50 is not only the democratise of ideas but it also gives a sense of ownership”

Sebuah visi akan hanya kekal sebagai idea jika tiada perlaksanaan. Kitalah generasi “Pekerja Malaysia”. Bekerja untuk negara..

TN50 is not just a vision but a call to action. We are not just here to build a country, but a civilization.

– Ybg. Brig. Jen. Khairy Jamaluddin

 

Sebahagian aspirasi peserta yang hadir :-

“Pada tahun 2050, kami mahukan sebuah negara inklusif yang mengambil kira potensi OKU” – Aspirasi wakil Pertubuhan Org Cacat Penglihatan

“We want infrastructure that is enabling for everyone. One that is non-discriminatory for the disabled” -Malaysia Association for the Blind

Adat dan budaya perlu dihormati , harapan kami adalah untuk org asli duduk sama rendah, berdiri sama tinggi, diberi peluang pendidikan yang sama.- Aspirasi masyarakat Orang Asli

Malaysia yang tiada gelandangan menjelang 2050 – Aspirasi belia

Peluang pekerjaan yang sama rata tidak mengira bangsa – Aspirasi Anak Muda Orang Asli

Pelaksanaan sistem pendidikan yang lebih baik menjelang 2050

My aspiration is for medical services to be at our fingertips. For doctor to be just a click away – Dr Zainal