Persidangan Meja Bulat Pendidikan Kepenggunaan 2017

Putrajaya 15 Feb – Majlis Belia Malaysia dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah menganjurkan Persidangan Meja Bulat Pendidikan Kepenggunaan 2017 yang bertempat di Dewan Serbaguna KPDNKK, Putrajaya bermula dari pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang dengan dihadiri seramai 150 orang dari pelbagai agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan lain-lain lagi.

Sidang ini bermula dengan Majlis Perasmian Pembukaan yang dirasmikan oleh Ybhg. Dato’ Sri Jamil Bin Salleh Ketua Setiausaha KPDNKK dan turut dihadiri oleh Tuan Hj. Mua’amar Ghadafi Presiden MBM, Sdr. Zaidi Aziz Timb. Presiden MBM, Sdr. Ahmad Saparudin Yusup Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Fairuz Penolong Setiausaha Agung MBM, Sdr. Ahmad Daniar Penolong Bendahari Kehormat dan barisan Exco-Exco MBM.

Sidang tersebut diteruskan dengan pembentangan dari 2 pembetang iaitu Dr. Muhammad Abdul Khalid dengan tajuk “Standard of Living” dan Prof. Madya Dr. Madeline Berma dengan tajuk “Cost of Living”.

Melalui pembentangan tersebut peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan untuk membincangkan tajuk “Standard of Living” dan “Cost of Living”.

Majlis Perasmian Penutup telah dirasmikan oleh Yb. Dato’ Seri Hamzah Bin Zainudin Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.