Home / Berita / MBM anjur bengkel cegah dadah di sekolah

MBM anjur bengkel cegah dadah di sekolah

image_pdfimage_print

Kuala Lumpur, 7 Februari 2017 – Generasi muda merupakan kelompok majoriti di negara ini.  Apa sahaja usaha yang dilakukan untuk kebaikan kehidupan dan masa depan mereka adalah usaha ke arah pelaburan yang bijak untuk menjamin masa depan negara.

Dadah merupakan musuh nombor satu di Malaysia yang sukar dibendung sejak sekian lama. Oleh itu usaha untuk membina generasi muda ke arah yang cemerlang adalah satu usaha ke arah pelaburan masa depan yang cemerlang. Usaha yang bersungguh-sungguh wajib dilakukan untuk memastikan modal insan kita bermutu. Bengkel Penyelarasan Pencegahan Dadah Dalam Kalangan Belia Di Sekolah Tahun 2017 membincangkan tentang masalah belia pada masa kini yang terlibat dalam masalah sosial. Walaupun sudah kita sedari bahawa gejala dadah ini tidak akan pernah lupus, jadi adanya bengkel ini adalah untuk membincangkan bagaimana untuk membendung atau menangani masalah dadah di kalangan remaja yang sedang ligat berleluasa.

Bengkel anjuran MBM dan Kementerian Pendidikan ini dijalankan di Pusat Belia Antarabangsa, Bandar Tun Razak yang berlangsung pada pukul 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari telah dihadiri oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK),  Majlis-majlis Belia Negeri (MBN), MIRAJ Academy dan Kelab Belia Anak Puchong Bersatu (KBAB).

Antara perbincangan yang dibincangkan ialah, bagaimana murid beruniform sekolah tetapi terlibat dengan dadah? Terdapat 1.1 juta murid dari tingkatan 1 hingga 5 di Malaysia dan segelintir dari mereka terlibat dengan dadah. Perbincangan ini membincangkan untuk menambahkan lagi icon dari setiap negeri untuk dijadikan contoh pada orang muda. Sudah jelas di mata, bahawa anak muda perlu bimbingan dari seorang belia yang mereka anggap sebagai idola kehidupan dan ini dapat mempengaruhi belia-belia untuk mengisi masa lapang mereka dengan perkara yang bermanfaat. Dengan adanya kerjasama begini, diharapkan gejala dadah di kalangan remaja akan berkurangan. Ini kerana, anak muda ini yang akan menjadi contoh di masa hadapan.

Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Timbalan Presiden MBM, Sdr. Mohd Zaidi Aziz. Turut hadir adalah kepimpinan MBM yang terdiri daripada Naib Presiden MBM, Sdr. Aizad Roslan dan Exco MBM, Sdr. Hasnul Hanif Harun sebagai pengerusi majlis dan Ketua Penerangan MBM, Sdr. Mohammad Rizan Hassan merangkap pengelola 1B1K.

About admin

Profile photo of admin

Leave a Reply

Skip to toolbar