Home / Berita / Meningkatkan taraf pekerja belia Malaysia di dalam Bengkel Perancangan FKPB

Meningkatkan taraf pekerja belia Malaysia di dalam Bengkel Perancangan FKPB

Kuala Lumpur, 5 Februari 2017 – Bengkel Perancangan Federasi Kebangsaan Pekerja Belia (FKPB) dilangsungkan selama dua hari bermula 4 hingga 5 Februari 2017 membincangkan solusi penububuhan FKPB yang akan menjadi medium kepada pekerja belia untuk terus berkhidmat di lapangan.

Bengkel yang bertempat di Ibis Styles Hotel Kuala Lumpur ini dihadiri oleh peserta daripada golongan belia di lapangan, bekas-bekas pemimpin belia, pihak Kementerian Belia dan Sukan, badan-badan belia tempatan dan antarabangsa serta golongan akademik bagi bertukar-tukar idea dalam proses penubuhan FKPB ini. Ahli panel yang berkaliber telah dijemput seperti Dr. Abd. Lateef Krauss Abdullah dari Institut Pengajian Sains Sosial UPM, Muhammad Nizam bin Samsudin dari Adab Youth Garage (AYG) dan Ahmad Naim Jaafar dari Foresight Young Inovators’ Studio.

Naib Presiden MBM, Sdr. Jufitri Joha bertindak sebagai moderator dan Exco MBM, Sdr. Hasnul Hanif Harun sebagai pengerusi majlis. Ketua Penerangan MBM, Sdr. Mohammad Rizan Hassan dan Exco MBM, Sdr. Thai Ming Yeow turut hadir dalam bengkel ini.

Antara perkara lain yang dibincangkan adalah fungsi FKPB dalam mempromosikan dan menggalakkan kerja belia di semua sektor dan segenap lapisan masyarakat agar potensi belia dapat digilap dan diserlahkan menjadi warganegara yang efektif dan aset kepada negara yang diperlukan sebagai sebuah negara maju.

Majlis penutup bengkel ini dirasmikan oleh Setiausaha Agung MBM, Sdr. Ahmad Saparudin Yusup.

About syazwan

Leave a Reply