Home / Berita / 300 belia turun padang pasca banjir Maran

300 belia turun padang pasca banjir Maran

Maran, 4 Feb 2017 – Lebih kurang 300 orang sukarelawan yang terdiri daripada kumpulan MYVOC MBM, Kolej Yayasan Pahang, UIAM Kuantan, Imperia Kolej Kuantan, Kakitangan UMP-Advance, Malaysian Relief Agency (MRA), Persekutuan Pengakap Malaysia, Majlis Belia Daerah Maran, VAV MAYC Pahang , Sukarelawan UMNO Maran, PERKIM dan Gabungan NGO Islam telah menyertai Bantuan Pasca Banjir Daerah Maran yang meliputi Kampung Serengkam, Kampung Sekara, Kampung Nyak, dan Kampung Machang Gelap.

Para sukerelawan telah dipecahkan kepada 4 kumpulan mengikut senarai kampung yang telah diberikan. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pembersihan masjid, dewan, balairaya, sekolah kebangsaan dan kafa pemindahan buku di perpustakaan desa. Program ini telah adalah kerjasama diantara UMNO Parlimen Maran, Majlis Belia Daerah Maran, Gabungan NGO Islam dan MBM melalui Kumpulan MyVOC yang terdiri daripada Kolej Kemahiran di bawah program 1 Belia 1 Kemahiran (1B1K).

Majlis pelepasan sukarelawan telah disempurnakan oleh YB. Dato’ Sri Ismail Abd Muttalib, Timbalan Menteri Sumber Manusia, merangkap ahli parlimen Maran yang telah diadakan di Dataran Maran. Turut hadir bersama Sdr. Rizan Hassan, Ketua Penerangan MBM merangkap pengelola 1B1K.

About admin

Leave a Reply