Home / Hebahan / Pertandingan Mencipta Logo Sambutan 70 Tahun Majlis Belia Malaysia 1948 – 2018

Pertandingan Mencipta Logo Sambutan 70 Tahun Majlis Belia Malaysia 1948 – 2018

image_pdfimage_print

 

1.0     LATAR BELAKANG

1.1     Tahun 2018 genaplah Majlis Belia Malaysia (MBM) berusia 70 tahun. Dalam usia ini semestinya MBM telah melalui zaman perubahan yang amat bermakna dalam sejarah pergerakan belia di Malaysia. Sejarah pembentukan sesebuah negara juga tidak terpisah dari susur galur perjuangan pergerakan belia.

1.2     Justeru, MBM berhasrat untuk mencipta logo yang menjadi identiti serta simbolik kepada sambutan 70 Tahun MBM yang akan diguna pakai dalam kesemua aktiviti promosi, pameran atau percetakan sempena sambutan ini.

 

2.0     OBJEKTIF PERTANDINGAN

2.1     Mengajak masyarakat khususnya generasi muda menghayati dan menghargai MBM sebagai ‘institusi’ belia di negara ini yang telah banyak berjasa dan menyumbang bakti dalam pembangunan negara.

2.2     Memberi peluang kepada generasi muda untuk terlibat sama dalam sambutan 70 Tahun MBM.

 

3.0     SYARAT PERTANDINGAN, SPESIFIKASI REKA BENTUK LOGO DAN

BORANG PENYERTAAN

 

3.1     Syarat dan Terma Pertandingan

a) Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang berumur 15 tahun hingga 40 tahun sahaja.

b) Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. Walau bagaimanapun, hanya satu logo akan dipilih sebagai pemenang.

c) Semua ciptaan mestilah Asli dan tidak diceduk/ditiru/diciplak dari mana-mana logo tempatan mahupun dari luar Negara.

d) Semua logo yang diterima oleh Urus Setia Pertandingan Logo Sambutan 70 Tahun MBM akan menjadi hak milik Majlis Belia Malaysia (MBM) dan tidak boleh dikembalikan. MBM adalah berhak ke atas logo yang terpilih sama ada untuk dipinda atau diubahsuai bagi maksud untuk digunakan atau dipamerkan ataupun dicetak dalam mana-mana acara atau majlis rasmi.

e) Ahli Jawatankuasa pertandingan dan kakitangan MBM tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini.

 

 

3.2     Spesifikasi Reka Bentuk Logo

a) Reka Bentuk mestilah baru dan asli serta tidak mengandungi unsur atau elemen yang boleh dianggap sensitif dan boleh menyinggung mana-mana pihak. Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketiga. Penyertaan akan terbatal sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli/ciplak.

b) Reka bentuk hendaklah dihasilkan menggunakan kertas bersaiz A4 (ukuran 21cm x 29.7cm) berwarna putih dalam komputer grafik dan dilekatkan pada kertas tebal atau “mounting board” dan juga disediakan dalam bentuk “softcopy” menggunakan format AI (Adobe Illustration) atau JPEG resolusi minimum 1280 x 960 atau menggunakan software terkini yang bersesuaian.

c) Pereka hendaklah memberi keterangan atau penjelasan (rasional) ke atas reka bentuk logo dan simbol serta warna yang digunakan.

d) Reka cipta logo hendaklah mempunyai warna logo MBM iaitu tidak melebihi daripada empat (4) warna asas (merah, biru, kuning dan hitam)

e) Berciri gabungan moden dan futuristik mengambarkan identiti dan imej jati diri belia.

f) Reka bentuk hendaklah menarik, jelas, mudah dan kemas.

 

3.3     Borang Penyertaan

a) Setiap peserta hendaklah mengisi borang penyertaan yang disediakan.

b) Maklumat peserta hendaklah dicatatkan dengan jelas di belakang hasil karya masing-masing iaitu:

  • Nama Penuh;
  • Nombor Kad Pengenalan;
  • Alamat Penuh;
  • Nombor Telefon; dan
  • Penyertaan hendaklah dihantar dalam bentuk hard copy dan soft copy sama ada melalui pos atau emel (dalam format .ai dan .jpeg)

c) Penyertaan dibuka mulai 2 Februari 2017 (Khamis) hingga 20 Mac 2017 (Isnin) 12.00 malam.

d) Sebarang penyertaan yang diterima selepas 20 Mac 2017 tidak akan dilayan oleh pihak Urus setia.

e) Setiap penyertaan hendaklah dihantar ke alamat berikut:

 

Urus setia,

Pertandingan Mencipta Logo

Sambutan 70 Tahun Majlis Belia Malaysia

D/a. Wisma Majlis Belia Malaysia

No. 1, Jalan Tasik Permaisuri 2

Bandar Tun Razak

56000 KUALA LUMPUR

 

Telefon : 03 9173 2761/63

Emel : mbm@belia.org.my

 

f) Pastikan di sebelah atas kiri sampul tertulis “Pertandingan Mencipta Logo Sambutan 70 Tahun MBM”

g) Segala kos untuk menyertai pertandingan ini adalah atas tanggungan peserta sendiri.

 

4.0     METODOLOGI PENILAIAN

4.1     Penilaian akan dilakukan terhadap semua penyertaan yang diterima peserta yang menyertai pertandingan ini.

4.2     Penilaian akan dijalankan melalui penelitian terhadap layout/design logo yang dihantar kepada Urus setia pertandingan.

4.3     Hanya satu (1) reka bentuk logo sahaja akan dipilih untuk memenangi pertandingan ini. Pemenang hanya layak menerima satu hadiah tunai dan sijil penghargaan sahaja.

 

5.0     PANEL PENILAI

5.1     Penilaian akan dibuat oleh satu Jawatankuasa Penilai yang dibentuk berasingan.

5.2     Semua penyertaan adalah tertakluk kepada keputusan MUKTAMAD oleh Panel Penilai.

5.3     Panel Penilai berhak untuk membatalkan penyertaan pada mana-mana peringkat pertandingan sekiranya didapati peserta tidak mematuhi mana-mana syarat yang ditetapkan.

5.4     Panel Penilai berhak mengubahsuai dan meminda reka bentuk logo yang disertai sekiranya perlu.

 

6.0     HADIAH PERTANDINGAN

6.1     Hanya satu ciptaan sahaja akan dipilih dan pemenang akan menerima hadiah keseluruhan bernilai RM10,000.00

6.2     Kesemua peserta akan menerima sijil penyertaan.

6.3     Semua pemenang akan dimaklumkan oleh pihak Urus setia melalui telefon, surat atau email.

6.4     Majlis penyampaian hadiah akan dilakukan dalam satu majlis yang akan dimaklumkan kemudian.

 

Sila muatnaik borang penyertaan disini BORANG PENYERTAAN

SYARAT PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO 70 TAHUN MBM
SYARAT PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO 70 TAHUN MBM
SYARAT-PERTANDINGAN-MENCIPTA-LOGO-70-TAHUN-MBM_2.pdf
246.5 KiB
106 Downloads
Details

About faizal shuhaimi

Profile photo of faizal shuhaimi

Leave a Reply

Skip to toolbar