Home / Berita / Kursus Pengurusan Organisasi Lestari Zon Sabah 2017

Kursus Pengurusan Organisasi Lestari Zon Sabah 2017

Kota Kinabalu 9 Januari – Pengurusan sesebuah organisasi adalah sangat penting bagi memastikan kelicinan perjalanan bagi mencapai objektif, misi dan visi penubuhan terutama dalam organisasi belia yang dilihat sebagai sebuah organisasi yang bertanggungjawab membawa suara belia. Sehubungan dengan itu Majlis Belia Malaysia dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan telah menganjurkan . Kursus ini telah dijalankan mengikut zon dan Sabah adalah zon terakhir penganjurannya.

Kursus ini telah dilaksanakan selama 2 hari iaitu 7 dan 8 Januari 2017 bertempat di TH Hotel Kota Kinabalu Sabah melalui penyertaan seramai 39 orang yang meliputi kepimpinan tertinggi merangkumi Setiausaha, setiausaha kerja dan bendahari badan gabungan Majlis Belia Sabah.

Pelbagai perkongsian yang telah disampaiakan melalui slot kursus ini antaranya perkongsian berkaitan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) dan dokumentasi MYKD yang disampaikan oleh ROY Sabah. Sesi Jabatan Belia dan Sukan melalui perkongsian tutorial pengisisan borang bantuan pentadbiran dan program dan sesi bersama audit yang disampaikan oleh wakil dari Kementerian Belia dan Sukan Sabah.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Sdr. Zaidi Aziz, Timbalan Presiden MBM dan turut dihadiri Sdr. Hasnul Fairuz Hushin Amri, Penolong Setiausaha Agung MBM dan Sdr. Rizan Hassan, Ketua Penerangan MBM. Kursus Pengurusan Organisasi Lestari telah diakhiri dengan majlis penyerahan sijil dan sesi bergambar bersama para peserta.

 

About faizal shuhaimi

Leave a Reply