Persidangan Setiausaha-Setiausaha Badan Gabungan Majlis Belia Malaysia (MBM) Kali Ke – 7

Putrajaya 29 Disember – Persidangan Setiausaha-Setiausaha Badan Gabungan Majlis Belia Malaysia (MBM) Kali Ke – 7  yang  berlangsung dari pukul 9.30 pagi hingga 2.00 petang di Bilik Mesyuarat Aras 14, Menara KBS Putrajaya yang dipengerusikan oleh Sdr. Ahmad Saparudin Yusup Setiausaha Agung MBM. Persidangan ini dihadiri seramai 35 orang.

 

 

 




Lawatan sambil belajar Hong Kong Sea Cadets Corps ke Majlis Belia Malaysia

27 Disember Kuala Lumpur – Majlis Belia Malaysia menerima lawatan daripada Hong Kong Sea Cadets Corps dalam lawatan sambil belajar mereka ke Malaysia pada 25 hingga 31 Disember 2016. Hong Kong Sea Cadets Corps merupakan salah satu pertubuhan belia berdaftar di Hong Kong.

Lawatan mereka disambut oleh Setiausaha Agung MBM Sdr. Ahmad Saparudin Yusup, Ketua Penerangan MBM Sdr. Rizan Hassan dan Puan Bibi Zaleha Pegawai Antarabangsa MBM. Dimulakan dengan sesi penerangan tentang MBM oleh Puan Bibi Zaleha Pegawai Antarabangsa MBM dan kemudian diteruskan pembentangan oleh wakil Hong Kong Sea Cadets Corps. Sesi diteruskan lagi dengan sesi soal jawab dan pertukaran cenderamata. Diakhiri dengan sesi bergambar kenangan beramai-ramai…

 




Liga Bola Sepak Belia Patriotik 2016

25 Disember Hulu Langat – Liga Bola Sepak Belia Patriotik sempena Karnival Sukan Belia Patriotik Malaysia telah berlangsung dengan jayanya pada 24 Disember 2o16 di Stadium Mini Hulu Langat pada pukul 3.00 petang – 7.00 malam. Perlawanan ini melibatkan 6 pasukan iaitu MyTeam MBM, KBS, RTM, Malaysia All Star, Elite Veteran Eleven (EVE) dan MBD Hulu Langat.

Lebih meriah lagi dengan kehadiran pemain-pemain lagenda Malaysia iaitu Shahril Arshat, Dollah Salleh, Shahrin Majid, Azman Adnan dan ramai lagi. Antara tetamu vip yang hadir ialah Ketua Setiausaha KBS Dato’ Lokman Ali Hakim, Lagenda Bola Sepak Negara Datuk Santokh Singh, Presiden Sepak Takraw Selangor Dato’ Markiman Kobiran, Mejar Abu Bendahari PBMN dan Pengerusi MBD Hulu Langat. MBM dihadiri oleh Setiausaha Agung MBM Sdr. Ahmad Saparudin Yusup, Exco MBM Sdr. Wan Mohd Husni.

Disamping itu diadakan cabutan bertuah dan pelancaran serta kutipan Tabung Pahlawan yang dirasmikan oleh KSU KBS Dato’ Lokman Ali Hakim.

Perlawanan ini berkesudahan dengan kemenangan tempat pertama oleh Elite Veteran Eleven (EVE), tempat kedua Malaysia All Star, tempat ketiga MyTeam MBM dan tempat keempat MBD Hulu Langat.

 

 

 




MBM hantar bantuan ke Acheh

23 Disember 2016 – Pidie Jaya, Acheh – Gempa bumi yang berskala 6.5 SR telah menggegarkan bumi Pidie Jaya, Pidie dan Bireuen, Acheh pada 7 Disember 2016 pada jam 5 pagi. Kesan dari gegaran tersebut, banyak bangunan sekolah, masjid serta rumah  runtuh sama sekali dan ianya turut mengorbankan 104 nyawa. Beberapa gegaran kecil susulan telah berlaku.

Prihatin dengan nasib yang menimpa bumi Acheh, Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghantar team  Misi Belia Prihatin Gempa bumi Acheh seramai empat orang yang diketuai sendiri oleh Timbalan Presiden MBM, Sdr. Mohd Zaidi Aziz bagi menghulurkan bantuan segera. Team ini juga turut membuat  tinjauan bagi mengenalpasti keperluan yang perlu diutamakan. MBM juga turut mengadakan pertemuan dengan Bupati Pidie Jaya, Bapak Ayub Abbas bagi membincangkan bentuk kerjasama dan bantuan yang boleh diselaraskan antaran MBM dan Pidie Jaya.

Team ini turut disertai oleh Bapak Jamaluddin, Ketua DNP KNPI Acheh serta beberapa orang Exconya sejak hari pertama hingga akhir. MBM ingin merakamkan setinggi ucapan terima kasih di atas sokongan dan bantuan yang diberikan oleh DNP Acheh sepanjang team MBM berada di sana.

https://www.youtube.com/watch?v=5NAjZPgBv-k

https://www.youtube.com/watch?v=xFis9cPETVU