Home / Berita / Liga Bola Sepak Belia Patriotik 2016

Liga Bola Sepak Belia Patriotik 2016

25 Disember Hulu Langat – Liga Bola Sepak Belia Patriotik sempena Karnival Sukan Belia Patriotik Malaysia telah berlangsung dengan jayanya pada 24 Disember 2o16 di Stadium Mini Hulu Langat pada pukul 3.00 petang – 7.00 malam. Perlawanan ini melibatkan 6 pasukan iaitu MyTeam MBM, KBS, RTM, Malaysia All Star, Elite Veteran Eleven (EVE) dan MBD Hulu Langat.

Lebih meriah lagi dengan kehadiran pemain-pemain lagenda Malaysia iaitu Shahril Arshat, Dollah Salleh, Shahrin Majid, Azman Adnan dan ramai lagi. Antara tetamu vip yang hadir ialah Ketua Setiausaha KBS Dato’ Lokman Ali Hakim,¬†Lagenda Bola Sepak Negara Datuk Santokh Singh,¬†Presiden Sepak Takraw Selangor Dato’ Markiman Kobiran, Mejar Abu Bendahari PBMN dan Pengerusi MBD Hulu Langat. MBM dihadiri oleh Setiausaha Agung MBM Sdr. Ahmad Saparudin Yusup, Exco MBM Sdr. Wan Mohd Husni.

Disamping itu diadakan cabutan bertuah dan pelancaran serta kutipan Tabung Pahlawan yang dirasmikan oleh KSU KBS Dato’ Lokman Ali Hakim.

Perlawanan ini berkesudahan dengan kemenangan tempat pertama oleh Elite Veteran Eleven (EVE), tempat kedua Malaysia All Star, tempat ketiga MyTeam MBM dan tempat keempat MBD Hulu Langat.

 

 

 

About faizal shuhaimi

Leave a Reply