Home / Artikel / Kemenangan Trump Meresahkan Dunia
Jufitri Joha, Naib Presiden MBM

Kemenangan Trump Meresahkan Dunia

Penulis membesar dengan lambakan buku-buku Trump. Buku-buku seperti Midas Touch, Whe We Want You To Be Rich dan Think Like A Champion mewarnai kedai-kedai buku di seluruh Malaysia bahkan di seluruh dunia. Trump dikenali sebagai taikun perniagaan yang pernah naik dan jatuh serta terkenal sebagai personaliti televisyen melalui program The Apprentice. Namun pada saat ini pada usia 70 tahun, tiada siapa yang menyangka bahawa Trump telah terpilih sebagai POTUS atau President of The United States of America yang ke-45 ketika Hillary Clinton kelihatan terkehadapan berpotensi untuk menang berdasarkan tinjauan beberapa pihak termasuk Sam Wang dari Princeton Election Consortium yang meletakkan peluang 90 peratus kemenangan berpihak kepada Clinton.

Namun terdapat juga segelintir penganalisis yang meramalkan kemenangan Trump termasuk aktivis dan cendekiawan terkenal di Malaysia Dr. Chandra Muzaffar berdasarkan dua trend utama semasa iaitu kemenangan Trump menjadi calon Republikan di sebalik penolakan tokoh-tokoh utama Republikan atau Grand Old Party (GOP) termasuk daripada bekas Potus iaitu George W. Bush. Trend kedua yang menjadi asas kepada hujahan Dr. Chandra adalah Brexit. Brexit memperlihatkan fenomena orientasi politik rakyat United Kingdom (UK) bergerak ke arah sedikit kanan untuk menolak kemasukan imigran dan pendatang ke UK. Britain untuk Britain akan terus menjadi slogan untuk memberikan keutamaan pada warganya sebagaimana juga kemenangan Trump akan menjadi agenda American First sebagai agenda untuk memberikan keutamaan dan keselesaan pada rakyatnya sendiri.

Penulis berkesempataan memantau Pilihanraya Potus pada 2012 selama 3 minggu di Amerika dan baru-baru ini mewakili MBM ke acara rasmi Kedutaan Amerika di J.W. Marriot Hotel sempena pengumuman keputusan Pilihanraya Potus 2016 di antara Trump dan Clinton. Selain membina rapport MBM bersama Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur, dua kesempatan ini membolehkan penulis memahami serba sedikit sistem pilihanraya Amerika yang kiraan undinya mengikut electoral college. Walaupun Clinton memenangi undi popular namun Trump diisytiharkan menang kerana sistem undian electoral college di samping Clinton gagal menang di negeri-negeri berayun atau swing states seperti Ohio dan Florida.

Kemenangan Trump menggambarkan sebuah kegagalan demokrasi apabila kita sendiri menyaksikan bahawa Trump banyak memfokuskan kepada serangan peribadi terhadap Clinton, bergurau tidak bertempat dan pembohongan. Ia tidak menggambarkan kematangan demokrasi sebuah Negara kuasa besar yang kononnya mempromosikan kebaikan demokrasi ke seluruh dunia. Walhal di dalam sebuah Negara yang maju seperti Amerika, perdebatan idea dan hujah yang harus diutamakan dan ditawarkan kepada rakyat Amerika. Seperkara lagi, generasi muda melihat keupayaan tokoh yang lebih muda sebagaimana Obama sebelum ini tidak mendapat tempat apabila kedua-dua calon Potus telah mencecah umur 69 dan 70 tahun. Bahkan calon popular Demokrat Bernie Sanders yang menjadi pencabar rapat Clinton pun sudah mengjangkau usia 75 tahun.

Selain slogan Amerincan First dan To Make America Great Again, kemenangan Trump menurut pakar ekonomi Dato’ Dr. Nazri Khan dari Affin Hwang Investment Bank adalah berdasarkan 5 faktor iaitu 1.) agenda protectionist yang cuba mengehadkan perdagangan global termasuk TPPA; 2.) diskaun cukai kepada rakyat Amerika yang kaya; 3.) rangsangan fiskal dengan melebarkan perbelanjaan khususnya dalam bidang industri pembinaan; 4.) polisi menyekat kemasukan imigran dan; 5.) agenda perubahan cuaca yang terkait dengan Paris Agreement. Pada saat artikel ini ditulis Trump telah pun berikrar untuk menarik Amerika keluar daripada Perjanjian TPPA yang dilihat sebagai agenda anti perdagangan bebas dan anti globalisasi.

Apa yang cuba ditekankan di sini ialah faktor keempat yang terkait dengan Brexit di UK di mana agenda anti immigran di mana Trump turut mengkritik pengambilan dan penempatan pelarian Syria ke dalam Amerika. Trump juga pada sesuatu ketika kelihatan anti-Muslim apabila mengisytiharkan untuk cuba mengharamkan kemasukan orang Islam luar ke dalam Amerika khususnya dari beberapa buah Negara khususnya dari Asia Barat dan Somalia. Usaha dan projek Obama membawa dan menempatkan pelarian Syria masuk ke dalam Amerika mungkin juga akan terus menemui titik noktah apabila Trump jelas menunjukkan kejelikan beliau terhadap usaha sebegini.

Dunia Islam, penduduk Muslim dan etnik minoriti di Amerika seperti African-American dan Hispanik menanti dengan penuh debaran tindakan yang bakal dilakukan oleh Trump selepas kemenangannya. Aspirasi Trump boleh dilihat dengan cadangan perlantikan tokoh-tokoh garis keras dalam pentadbiran beliau khususnya dalam team keselamatan nasional seperti Senator Jeff Session sebagai Peguam Negara (AG) Amerika; Mike Pompeo sebagai Pengarah CIA dan Lt. Gen (B) Michael Flynn sebagai penasihat keselamatan nasional. Flynn menurut perbualan saya bersama Profesor Madya Farish A. Noor merupakan tokoh fundemental Kristian yang inginkan perang di antara Kristian dan Muslim bahkan lebih dahsyat daripada tokoh-tokoh Neo-Konservatif. Di saat artikel ini ditulis, Trump belum menamakan lagi Setiausaha Negara yang bakal menerajui Jabatan Negara Amerika (State Department) yang bertindak sebagai Menteri Luar yang akan menjadi arkitek pencatur dasar luar Amerika. Ini suatu lagi debaran yang sedang ditunggu kerana ia akan mencerminkan karakter dan sikap Trump terhadap dunia luar khususnya Dunia Islam. Majalah Foreign Policy menjangkakan Trump akan membawa 911 mindset balik ke White House dengan agenda War on Terror akan mendominasi perancangan.

Trump tidak menggambarkan aspirasi inklusiviti dan multiculturalisme sebagaimana jirannya Justin Trudeau Perdana Menteri Kanada menghayati dan melaksanakan multiculturalisme. Trump cuba mengembalikan White Supremacy dan mendapat sokongan padu kumpulan rasis seperti Klu Klux Klan yang sekian lama ditentang oleh pejuang hak asasi seperti Malcolm X.

Dunia mungkin masih trauma dengan zaman ketika Neo-Kon memerintah Amerika semasa pentadbiran Bush Junior. Dunia Islam masih trauma dengan tuduhan pengganas daripada peristiwa 911 yang sengaja direka dan dirancang. Pencerobohan Iraq dan Afghanistan tanpa bukti yang kukuh menyebabkan kedua-dua Negara masih bergelut dengan ketidakstabilan dan isu pelarian yang berpanjangan. Asia Barat bergolak di bawah Neo-Kon kerana mereka menganggap rantau tersebut adalah rantau yang penting menghubungkan Asia, Afrika dan Eropah. Neo-Kon menganggap rantau Asia Barat sebagai rantau yang  penting disebabkan tiga faktor menurut Dr. Chandra iaitu 1.) Kekayaan sumber minyak sebagai penggerak kemodenan; 2.) kedudukan geografi yang startegik dan; 3.) kewujudan dan kestabilan Israel. Justeru Asia Barat wajib dikuasai oleh Amerika dengan apa cara sekalipun.

Satu-satunya dasar luar yang tidak akan berubah di bawah mana-mana Potus adalah dasar luarnya. Sudah pasti Israel gembira dengan kemenangan Trump dan berusaha memulihkan hubungan dengan Potus yang agak keruh sebelum ini dengan Obama. Trump tidak melepaskan peluang keemasan bertemu Netanyahu beberapa ketika sebelum pilihanraya bagi mendapatkan ‘restu’ dan sokongan daripada pihak Zionis yang menguasai lobi di Amerika khusus badan seperti AIPAC.

Mills dan Rosefielde dalam bukunya The Trump Phenomenon and The Future of US Foeign Policy menyebutkan bahawa Israel akan terus menikmati kewujudannya ketika tiada tanda-tanda kuat kewujudan Negara Islam di Asia Barat dan penyatuan yang kuat untuk memberikan ancaman kepada Israel dan ditambah pula dengan sokongan Trump yang akan meneruskan agenda memerangi IS yang sinonim dikaitkan dengan Dunia Islam. Israel sudah tentu mahu terus memakaikan label pengganas kepada pejuang Palestin dan HAMAS yang mempertahankan bumi mereka yang dirampas. Sudah pasti Palestin akan berdepan situasi yang lebih sukar selepas ini kecuali sesuatu keajaiban berlaku.

Dunia ketika akan terus berdebar menanti hari pertabalan Trump pada Januari 2017. Kita akan sama-sama menyaksikan dunia yang semakin bergolak dan tidak menentu di sebalik semangat “the power of optimism” yang terus disemai di kalangan pencinta kedamaian dan keamanan. MBM mungkin akan terus bekerja keras mempersiapkan generasi muda untuk lebih mempunyai daya tahan untuk menghadapi masa depan dunia yang semakin tidak menentu di bawah kuasa besar Amerika ini. Selain itu MBM harus berbincang dan merangka pelan dan strategi kehadapan untuk berhadapan dengan situasi yang dijangka sukar ini.

whatsapp-image-2016-11-22-at-4-16-12-pm whatsapp-image-2016-11-22-at-4-15-51-pm

About admin

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino