Home / Berita / Jelajah Kampus UPSI Tanjong Malim, Perak 2016

Jelajah Kampus UPSI Tanjong Malim, Perak 2016

image_pdfimage_print

Tanjong Malim 22 Okt – Jelajah Kampus 2016 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim Perak merupakan jelajah terakhir bagi sesi 2016 dengan penyertaan seramai 2000 orang peserta. Siri akhir ini bermula dengan program Wacana Terus Terang yang membincangkan topik “Cabaran Pendidikan Masa Kini : Peranan Belia Dan Pendidik” dimana menampilkan ahli panel Sdr. Hasnul Haniff Harun Exco MBM dan YDP MPP UPSI Sdr. Muhammad Syahmi Aiman. Moderator oleh Sdr. Rizan Hassan Ketua Penerangan MBM.

Jelajah kampus ini juga diadakan beberapa pameran booth seperti MYVOC. PKPIM (diwakili oleh KPIP), Majlis Belia Daerah Mualim, Battle Robotics Competitions, SketchMob dan turut terdapat booth kedai gunting rambut, booth menjual pakaian dan minuman.

Seperti siri jelajah sebelum ini antara pengisian menarik ialah aktiviti MyVoc Go Green melibatkan penyertaan 30 orang yang membuat barangan yang berguna daripada bahan kitar semula dan MyVoc Community melibatkan penyertaan 30 orang mengadakan aktiviti gotong-royong di sekitar UPSI.

Turut diadakan Battle Robotic Competitions dengan dimenangi oleh Kumpulan Infinity sebagai Johan, Kumpulan ERC 1 Naib Johan, Kumpulan Jebat RC Tempat Ketiga, Kumpulan ERC 2 Tempat Keempat dan Kumpulan Innovation Johan Rumblez.

Pada pukul 2.30 petang berlangsung program Walkabout YB Brigadier Jeneral Khairy Jamaluddin Menteri Belia Dan Sukan Malaysia ke perkarangan Dewan SITC, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk sama-sama memeriahkan Jelajah Kampus Rakan Muda bersama Ketua Penerangan MBM Sdr. Rizan Hassan. Kehadiran YB Brigadier Jeneral Khairy Jamaluddin disambut ribuan pengunjung yang hadir memeriahkan jelajah kali ini.

Pada pukul 5.00 petang berlangsung perlawanan bola sepak 3 penjuru padang bola sepak bersebelahan Dewan SITC, UPSI  dengan keputusan penuh menyaksikan UPSI FC sebagai Juara, KVSR sebagai Naib Juara dan Majlis Belia Daerah Mualim Tempat Ketiga.

Program Jelajah Kampus ini adalah diketuai oleh Ketua Penyelaras Program MBM iaitu Sdr. Hasnul Haniff Harun Exco MBM..

Jelajah Kampus Rakan Muda edisi kali ini yang bertempat di UPSI merupakan destinasi terakhir selepas menjelajah enam universiti di seluruh negeri.

 

mbm_6466 mbm_6476 mbm_6475 mbm_6472 mbm_6470 mbm_6468 mbm_6502 mbm_6499 mbm_6498 mbm_6491 mbm_6484 mbm_6483 mbm_6591 mbm_6588 mbm_6581 mbm_6573 mbm_6564 mbm_6550 mbm_6549 mbm_6548 mbm_6547 mbm_6545 mbm_6544 mbm_6541 mbm_6540 mbm_6539 mbm_6538 mbm_6537 mbm_6536 mbm_6535 mbm_6532 mbm_6527 mbm_6526 mbm_6516 mbm_6515 mbm_6507 mbm_6631 mbm_6628 mbm_6624 mbm_6603 mbm_6601 mbm_6596 mbm_6686 mbm_6684 mbm_6681 mbm_6675 mbm_6671 mbm_6667 mbm_6662 mbm_6659 mbm_6656 mbm_6654 mbm_6653 mbm_6633 mbm_6703 mbm_6701 mbm_6697 mbm_6695 mbm_6693 mbm_6692 mbm_6750 mbm_6746 mbm_6745 mbm_6741 mbm_6739 mbm_6734 mbm_6731 mbm_6729 mbm_6726 mbm_6720 mbm_6712 mbm_6708 mbm_6809 mbm_6805 mbm_6799 mbm_6796 mbm_6782 mbm_6779 mbm_6775 mbm_6768 mbm_6764 mbm_6761 mbm_6756 mbm_6751 img-20161123-wa0002 img-20161123-wa0004 img-20161123-wa0005

About faizal shuhaimi

Profile photo of faizal shuhaimi

Leave a Reply

Skip to toolbar