Syarahan Perdana Dan Diskusi Kepimpinan Belia 2016 : “Belia Dan Kesepaduan Sosial”

Bangi 24 Okt –  Syarahan Perdana 2016 Dan Diskusi Kepimpinan Belia 2016 yang bertemakan “Belia dan kesepaduan sosial” telah diadakan di Auditorium Permata Pintar UKM pada 23 oktober 2016  jam 8.30 pagi hingga 1.30 petang. Pemilihan tema Agenda Belia Dan Kesepaduan Sosial yang dipilih pada Konvensyen Belia Kebangsaan 2015.

Program ini merupakan inisiatif penganjur untuk membincangkan isu penting nasional secara ilmiyyah dan mendekati generasi pelajar-pelajar berprestasi tinggi seperti di Permata Pintar. Pengisian yang disampaikan oleh pembentang antara lain mengisyaratkan bahawa perlunya generasi belia memiliki aset-aset yang kukuh dalam membina perpaduan seperti memahami perbezaan keagamaan, budaya, bahasa dan memililh pemimpin yang cakna terhadap perpaduan. Penganjuran program ini dapat membuka ruang kepada para pelajar untuk melihat dunia dengan kaca mata yang luas disamping menajamkan wawasan mereka untuk menjadi generasi pelajar yang dapat berperanan aktif meneruskan kelangsungan perpaduan negara khususnya dan membentuk kefahaman yang jitu terhadap keunikan setiap kaum di negara ini.

Menampilkan pembentang Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Ahmad Bajunid, Presiden Persatuan Pendidikan Malaysia dan moderator oleh Sdr. Jufitri Joha Naib Presiden MBM. Program syarahan dan diskusi ini adalah anjuran Jawatankuasa Pendidikan & Penyelidikan, Majlis Belia Malaysia dengan kerjasama Pertubuhan Belia Kerapatan Graduan Muda (KAGUM), Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) & JK Mempromosikan Persefahaman Dan Keharmonian Di Antara Penganut Agama (JKMPKA).

 

 

SESI KEDUA DISKUSI MEJA BULAT KEPIMPINAN BELIA.

(11.44 pagi hingga  1.00 petang)

Mediator : Sdr. Jufitri Joha

Pencetus: En.Hanapi

PERSATUAN BELIA KERAPATAN GRADUAN MUDA(KAGUM) merupakan sebuah pusat remaja yang aktif dalam majlis belia Malaysia. Majlis meminta pelajar permata pintar untuk melontarkan beberapa idea atau pertanyaan kepada persatuan belia kerapatan graduan muda (kagum).Samaada persoalan permasalahan yang berkaitan dengan perpaduan.

 

 

Sesi soal jawab/ pandagan/ lontaran idea;

Nama: Cik Siti Fatimah Bt Syarip

Pekerjaan: cikgu tadika

Pandangan 1: Saya membesar di sebuah perkampungan majority melayu. Bila bekerja di sekolah antarabangsa terdapat berbezaan didikan. Orang bukan melayu menitikberat pendidikan dan akhlak. Manakala orang melayu kurang menitikberat soal akhlak dan tegas soal pelajaran kepada anak-anak.. Sifat kekurangan akhlak segelintir orang melayu membuang sampah dimerata tempat. Dengan alasan sifat teralu bergantung kepada pekerja pembersihan yang menguruskan kebersihan alam sekitar tersebut. Jadi, tiada kesedaran diri dalam jiwa kaum melayu terhadap diri mereka untuk menjaga alam sekitar berbanding kaum lain

 

Nama: Zukaikha

Pelajar: High School Permata Pintar

Soalan 1: Sifat ibubapa yang melatih anaknya memikirkan atau menilai sesuatu kaum tanpa menyelidik kesahihannya. Contoh kaum A adalah kaum menipu, kaum B adalah kaum suka mencuri dan kaum C adalah kaum suka mengumpat. Kenapa ini berlaku?

Jawapan: Kita mestilah bijak bergaul dengan mereka yang berbeza agama kerana berpegang kepada  konsep ‘1 Malaysia’ kita mestilah memahami dan menghormati agama lain. Pihak-pihak kerajaan perlu turun bersama memberikan diskusi untuk mempencerahan kepada masyarakat yang tidak bergaul supaya bergaul Antara kaum lain. Selain itu, mengadakan subjek tertentu untuk kaum-kaum lain seperti pendidikan sivik dan pendidikan moral.

 

Nama: Mohd Syahmi

Pelajar: High School Pertama Pintar

Pandangan 2: Sukan boleh merapatkan hubungan Antara kaum seperti sukan bola sepak, bola tampar dan lain-lain. Selain daripada itu perpaduan dinilai berdasarkan tempat tinggal seseorang , sifat bertegur sapa Antara jiran perlu diterapkan.

 

Nama: Abdul Rawi

Pelajar: High School Pertama Pintar

Pandangan 3: Berkenaan Jati diri kebangasaan. Jati diri rakyat adalah berbeza mengikut aliran sekolah masing-masing. Contoh, Sekolah Kebangsaan Jenis Cina adalah sekolah majoriti orang cina manakala Sekolah Kebangsaan Rendah India , majoriti orang india berbanding kaum lain. Selain itu, pelajar perlu memahami atau menambah ilmu memiliki Bahasa yang lain.

 

Nama : Muhd Muaz

Soalan 2: Perjuangan tanpa pendedahan, adakah ini membuktikan Negara itu merupakan satu kemunduran.

Soalan 3: Adakah sistem pendidikan kini lebih baik berbanding dahulu?

Jawapan 2: Pendidikan adalah penting tetapi tanpa pendedahan terhadap perpaduan akan melahirkan Negara yang mundur kerana sifat bergantung kepada kaum sendiri sahaja. Jadi, perpaduan kaum tidak dapat berkembang dengan baik disebabkan sifat berkelompok.

Jawapan 3: Sistem pendidikan yang mengecilkan lingkungan kaum tersebut. Tamsilnya, kini sekolah dan peringkat university telah melancarkan pelbagai program kemasyarakatan  tanpa  mengira kaum. Dan kini sector pekerjaan mementingkan sjiil kemasyarakatan atau program luar sebagai bonus kepada temuduga kerja.

 

img_3283 img_5282 img_5299 img_5302 img_5307 img_5313 img_5320 img_5323 img_5331 img_5332 img_5346 img_5356 img_5393 img_5398

 

 

 

 

 

 

 

 




Literasi Dan Bengkel Pemetaan Sustainable Development Goals (SDG)

Kuala Lumpur 25 Okt – Satu program Literasi dan Bengkel Pemetaan Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) telah dijalankan. Program ini telah disampaikan oleh penceramah Datuk Dr. Denison Jayasooria, Institut Kajian Etnik (KITA) UKM.
Antara yang menghadiri terdiri daripada ahli badan gabungan MBM berserta pimpinan MBM Sdr. Jufitri Joha Naib Presiden MBM, Sdr. Ahmad Saparudin Yusup Setiausaha Agung MBM dan Sdr. Thai Ming Yeow Exco MBM (Pembangunan Lestari MBM).
Tujuan program tersebut adalah untuk mewujudkan kesedaran organisasi masyarakat sivi tentang inisiatif SDGs yang dirangka oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada September 2015 ke arah aspirasi pembangunan 3P: Manusia (People), Planet (Planet) dan Kekayaan (Prosperity). Usaha ini membolehkan setiap badan gabungan kebangsaan MBM mengenal pasti fungsi dan peranan masing-masing selaras dengan SDGs seterusnya menggesa pihak kerajaan dan PBB untuk menyalurkan sokongan dan bantuan yang bersesuaian.
14650093_1414846581876181_7018075938340036753_n 14681841_1414846605209512_7346270242621559668_n 14718718_1414846558542850_3480850354998958633_n-1 14718718_1414846558542850_3480850354998958633_n 14720481_1414846641876175_1825279185090769750_n img_20161024_205141 img_20161024_211653



Jelajah Kampus Selangor 2016

Subang Jaya 21 Okt – Jelajah Kampus 2016 di Taylor’s University, Subang Jaya Selangor Terengganu telah melabuh tirai dengan penyertaan seramai 500 orang peserta. Siri kali ini bermula dengan program Wacana Terus Terang yang membincangkan topik “Penglibatan Belia” dimana menampilkan ahli panel Presiden Young Malaysians Movement (YMM) Sdr. Qiew Sir Boon dan Naib Presiden MBM Sdr. Jufitri Joha. Moderator oleh Exco MBM Sdr. Thai Ming Yeow. Turut hadir Setiausaha Agung MBM Sdr. Ahmad Saparudin Yusup.

Disamping itu juga serentak berlangsung Battle Robotic Competitions dengan dimenangi oleh Kumpulan Slash 2 sebagai Johan, Kumpulan Slash 1 Naib Johan, Kumpulan ECTC Tempat Ketiga dan Kumpulan KVTC Tempat Keempat.

Jelajah kampus ini juga diadakan beberapa pameran booth seperti MYVOC. PKPIM (diwakili oleh Kepitar), Battle Robotics Competitions, SketchMob dan turut terdapat booth kedai gunting rambut, booth menjual pakaian dan minuman.

Pada pukul 10.30 pagi berlangsung program Walkabout YB. Khairy Jamaludin Menteri Belia Dan Sukan Malaysia bersama Presiden MBM Tuan Hj. Mua’amar Ghadafi Jamal melawat booth pameran yang disediakan dan berkesempatan singgah di Wacana Terus Terang dan Meet Cerita.

Disamping itu juga berlangsung Sukan Belia dengan penglibatan sebanyak 6 pasukan dan juga program Go Green mengedar beg hijau kepada orang ramai dengan penglibatan Majlis Belia Petaling Jaya dan beberapa orang sukarelawan MYVOC

Program Jelajah Kampus ini adalah diketuai oleh Ketua Penyelaras Program MBM iaitu Sdr. Hasnul Haniff Harun Exco MBM..

 

mbm_4281 mbm_4287 mbm_4292 mbm_4294 mbm_4296 mbm_4301 mbm_4312 mbm_4316 mbm_4318 mbm_4323 mbm_4335 mbm_4337 mbm_4343 mbm_4347 mbm_4349 mbm_4351 mbm_4352 mbm_4358 mbm_4363 mbm_4365 mbm_4366 mbm_4368 mbm_4370 mbm_4373 mbm_4374 mbm_4376 mbm_4378 mbm_4381 mbm_4398 mbm_4404 mbm_4408 mbm_4412 mbm_4418 mbm_4422 mbm_4424 mbm_4427 mbm_4434 mbm_4435 mbm_4438 mbm_4442 mbm_4449 mbm_4452 mbm_4455 mbm_4458 mbm_4463 mbm_4481 mbm_4484 mbm_4491 mbm_4498 mbm_4499 mbm_4508 mbm_4509 mbm_4513 mbm_4517 mbm_4524 mbm_4539 mbm_4555 mbm_4558 mbm_4564 mbm_4567 mbm_4572 mbm_4574 mbm_4579 mbm_4584 mbm_4588 mbm_4592 mbm_4594 mbm29737 mbm29739 mbm29741 mbm29747 mbm29749 mbm29752 mbm29756 mbm29757 mbm29794 mbm29818 mbm29911 mbm29934 mbm29937 mbm29942 mbm29949 mbm29962 mbm29967 mbm29978 mbm29983 img-20161020-wa0047 img-20161020-wa0049 img-20161020-wa0061 img-20161020-wa0062 img-20161020-wa0063 img-20161020-wa0064 img-20161020-wa0065 img-20161020-wa0066 img-20161020-wa0072 img-20161020-wa0073 img-20161020-wa0074 img-20161020-wa0075 img-20161020-wa0076 img-20161020-wa0077 img-20161020-wa0078 img-20161020-wa0079 img-20161020-wa0080 img-20161020-wa0081 img-20161020-wa0082 img-20161020-wa0083 img-20161020-wa0084 img-20161020-wa0085 img-20161020-wa0086 img-20161023-wa0000 img-20161023-wa0001 img-20161023-wa0002 img-20161023-wa0003 img-20161023-wa0004 img-20161023-wa0005 img-20161023-wa0006

 




Tabung Pahlawan bela pejuang negara

Sebagai menghargai pengorbanan para perwira dan pahlawan negara, kerajaan telah melaksanakan sebahagian tanggungjawabnya dengan mewujudkan kempen Tabung Hari Pahlawan yang diuruskan oleh Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM).

Kempen ini juga turut disokong penuh oleh Majlis Belia Malaysia (MBM) dan beberapa agensi korporat lain seperti Kumpulan Utusan Malaysia, Celcom, Finas dan Orlaith.

Untuk maklumat  lanjut sila layari www.mod.gov.my

tp-1

new-doc-27_1