Home / Berita / Sidang Meja Bulat Youth Ideas – Pasca Belia Berisiko : Solusi Yang Rapuh

Sidang Meja Bulat Youth Ideas – Pasca Belia Berisiko : Solusi Yang Rapuh

Masjid Jamek 6 Okt – Sidang Meja Bulat Youth Ideas (RTD) ini membincangkan keperluan Pekerja Belia dalam komuniti belia di semua peringkat dan menyantuni 8 kumpulan sasar belia yang digariskan dalam dasar belia Malaysia. Dalam konteks permasalahan sosial yang semakin kompleks hari ini, RTD ini menerangkan mengapa pekerja Belia terlatih harus diwujudkan dan diberi peluang untuk turut memainkan peranan bagi membantu golongan pasca belia berisiko menangani keadaan. Sehubungan itu antara tugas dan peranan Pekerja Belia perlu dihuraikan. Turut dibincangkan ialah beberapa kekangan dan cabaran yang perlu ditangani dalam mengetengahkan idea penempatan Pekerja Belia terlatih di institusi pendidikan dan latihan, institusi tahanan dan pemulihan serta institusi perlindungan, antaranya, dasar Kerajaan, sikap masyarakat, “political will” pemimpin, penawaran tenaga kerja terlatih, dan peranan masyarakat sivil. RTD ini akan menyarankan supaya beberapa pihak yang sangat berkaitan dengan isu ini diajak untuk sama-sama terlibat mempengaruhi perubahan dasar agar kerja belia dalam masyarakat mendapat tempatnya di Malaysia dan golongan pasca belia berisiko atau yang memerlukan bantuan mendapat perkhidmatan dan sokongan yang sewajarnya.

 

Cadangan pertama dari PDRM

-meminta MBM merujuk kepada IRIS yang membuat kajian tentang belia berisiko, supaya setiap laporan yang dapat terus disampaikan kepada masyarakat supaya dapat menilai dan memberitahu kembali jika perlu kepada ubahsuai.

Cadangan kedua,

-Dari segi pendidikan, meminta MBM supaya membuat pamplet atau aplikasi pendidikan dan diedarkan kepada bakal ibu bapa tentang cara didikan anak.

Cadangan dari Khadijah alavi

-akademi binaan bekerjasama dengan mana mana universiti supaya kita boleh iktiraf semua pekerja belia tak kira level (professionalkan pekerja belia)

Cadangan seterusnya

-membawak balik modul yg mampan dari luar Negara untuk di jadikan contoh dan sebagai rujukan untuk penambahbaikan.

-Jabatan Kebajikan Masyarakat: Pasca perkahwinan adalah program untuk usia selepas perkahwinan. Masalah yg berlaku pada hari ni ialah berpunca dari segi keluarga. Jika wakil keluarga bertanggungjawab dan terkawal dalam masalah sosial dapat kita banteraskan. Masyarakat sekarang takut nak hadapi cabaran dengan anak yang ramai.

-Baitulmal: Jika belia berisiko tidak bagi mereka kerja bila keluar daripada pusat pemulihan, mereka akan jadi balik seperti dulu kerana tiada sumber pendapatan menyara hidup.kiterbaru di Damansara. Belia sekarang memerlukan sokongan daripada keluarga dan masyarakat luar.

-Vimmi Yasmin: Rumah Kita ini untuk wanita yang hamil. Dimana ahli keluarga tidak mahu menerima anak yang baru lahir itu atau ibu mengandung yang nak gugur kan zuriat mereka sendiri. Rumah kita ini ialah rumah perlindungan untuk wanita. Kita terima mangsa atau single mother sebegini. Kita cuba selamatkan mereka daripada terinayai oleh pihak masyarakat dan terutamanya keluarga. Kebanyakkannya keluarga sukar untuk menerima kenyataan tentang serbegini. Masyarakat yang prihatin hanya mampu hebahkan kesusahan yang mereka melalui, tapi tak ramai yang cuba untuk turun padang memberi bantuan, scara sukarela atau sebagainya. Rumah kita open untuk semua peringkat umur yang menjadi mangsa. Mengapa kejdian seperti ini berlaku, ini semua kerana belia sekarang sukar di kawal. Dan saya ada juga cuba untuk menarik perhatian budak budak yang kaki social melalui aplikasi yang tersedia untuk para belia meluangkan masa bersama saya (turun padang) untuk memberi makan pada gelandangan di masjid jamek untuk membantu saya. Jadi masa mereka terluang bersama kakak kakak abang abang yang ada untuk memjadi sukarela. Dan memberi serba sedikit ceramah / nasihat jika sesuatu perkara buruk yang berlaku pada mereka.

 

Kesimpulan

-Platform terbahagi kepada dua iaitu parlimen belia dan platform yg paling tinggi gerakan belia. ———-Kerajaan sepatutnya mengiktirafkan pekerja belia, maka pendekatan inovasi sosial dapat ditengahkan dan di agresif lagi.

 

mbm23570 mbm23573 mbm23575 mbm23577 mbm23580 mbm23585 mbm23592 mbm23593 mbm23598 mbm23602 mbm23605 mbm23609 mbm23610 mbm23612 mbm23614 mbm23616 mbm23617 mbm23619 mbm23620 mbm23622 mbm23623 mbm23624 mbm23626 mbm23627 mbm23631 mbm23635 mbm23639 mbm23642 mbm23644 mbm23646 mbm23649 mbm23650 mbm23652 mbm23657 mbm23659 mbm23661 mbm23662 mbm23663 mbm23665 mbm23668 mbm23673 mbm23675 mbm23679 mbm23680 mbm23682 mbm23684 mbm23690 mbm23695 mbm23697 mbm23699 mbm23700 mbm23704 mbm23708 mbm23710 mbm23713 mbm23719 mbm23722 mbm23730 mbm23733 mbm23734

 

About faizal shuhaimi

Leave a Reply