Motivasi Bersama Belia Berisiko

Unisel Bestari Jaya 25 Sept – Program ceramah motivasi oleh Sdr. Rizan Hassan Ketua Penerangan MBM bersama Belia Berisiko dari SMK Saujana Utama Sg, Buloh adalah sempena program Unisel Cakna Khidmat Komuniti. Program yang dihadiri oleh pelajar sekolah tersebut seramai 40 orang. Sdr. Rizan Hassan berkongsi pengalaman lalu supaya dapat memberi pengajaran dan ikhtibar  kepada para pelajar tersebut.

 

mbm_3066 mbm_3067 mbm_3068 mbm_3070 mbm_3071 mbm_3072 mbm_3074 mbm_3075 mbm_3077 mbm_3080 mbm_3081 mbm_3083 mbm_3089 mbm_3093 mbm_3096 mbm_3102

 




Muhammad Khair Sujud, Presiden PKPIM Baharu

Sidang Media:
 
MUHAMMAD KHAIR SUJUD, PRESIDEN PKPIM BAHARU
 
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merupakan persatuan pelajar Islam peringkat nasional yang ditubuhkan sejak Mac 1961. Kini, PKPIM sudah menjangkau usia 55 tahun penubuhannya sedang bergiat aktif dalam kerja-kerja pembangunan pelajar, belia, masyarakat berbilang kaum dan antarabangsa khusus dalam Majlis Belia Malaysia (MBM), Friendship Group for Interfaith Services (FGIS), Union of Non-Governmental Organizations of The Islamic World (UNIW).
 10659175_731356490246929_6928971617030415321_n
Presiden PKPIM terkini, Muhammad Khair Sujud, 25, adalah merupakan pelajar Sarjana Usuluddin dan Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mewakili Kesatuan Pelajar Islam Johor (KPIJ) dan baru dilantik sebagai presiden dalam Majlis Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) Kali Ke-55 PKPIM di Universiti Selangor (UNISEL), Bestari Jaya, Selangor pada 25hb September 2016 (Ahad) yang lalu.
 
Antara barisan kepimpinan PKPIM Sesi 2016/2017 yang dinamakan ialah Muhammad Nur Iman Abdul Khudus, 22; Fakruradzi Abdullah, 25; Muhd Hakim Mohd Nizam, 22; Mohd Lukman Nur Hakim, 22; Fatin Nabilah Azlan, 22; Awang Syazuan Syafiq Awang Jaya, 25; dan Anis Auni Anwar, 22.
 
 
Awang Syazuan Syafiq Awang Jaya,
Setiausaha Agung,
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).
14468447_1222127424496423_2019282250342589096_o



Happy Geng Diet Fun Walk-3KM

Golongan Belia yang bertubuh badan saiz besar dan yang sedang mengamalkan diet seimbang dipelawa untuk turut memeriahkan Sambutan Hari Sukan Negara 2016 menerusi program HAPPY GENG DIET FUN WALK-3KM yang julung-julung kali di anjurkan oleh Majlis Belia Malaysia (MBM).

dietrunProgram ini bertujuan memberi semangat dan rangsangan kepada golongan bertubuh badan saiz besar untuk mengamalkan gaya hidup sihat menerusi aktiviti riadah serta berkongsi pengalaman tentang amalam diet seimbang.

Berikut adalah butiran program:

Nama Program: Happy Geng Diet Fun Walk-3KM

Tarikh: 16 Oktober 2016 (Ahad)

Masa: 8 pagi hingga 12 tengahari

Tempat: Kompleks Futsal 1Malaysia, Presint 18, Putrajaya

Terbuka kepada LELAKI & PEREMPUAN

Pendaftaran secara online di pautan/link:  [ DAFTAR KLIK SINI ]

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

Bro Adib: 013-7769476

Sis Fazira: 018-2087956

Sekretariat Program: 018-2088963




MYVOC Sertai Pameran Mini Karnival Kesihatan

Kuala Lumpur 25 Sept – Majlis Belia Malaysia melalui Komuniti Sukarelawan Belia 1 Malaysia (MYVOC)  telah menyertai Mini Karnival Kesihatan Peringkat Kemas Wilayah Persekutuan dengan membuka ruangan pameran. Program ini telah dirasmikan oleh Yb. Encik Nor Azman Salehuddin Naib Ketua Umno Bandar Tun Razak. Turut membuka pameran ialah daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, Sukarelawan Perubatan Malaysia dan PTPTN. Antara aktiviti menarik yang telah berlangsung ceramah kesihatan, demontrasi masakan, pertandingan melukis dan mewarna dan gerai jualan. Program bermula dari 8.00 pagi dan berakhir jam 2.00 petang pada 24 September 2016.

 

img-20160924-wa0004 img-20160924-wa0005 img-20160924-wa0006 img-20160924-wa0007 img-20160924-wa0008 img-20160924-wa0009 img-20160924-wa0011 img-20160924-wa0012 img-20160924-wa0014 img-20160924-wa0015 img-20160924-wa0016