Perutusan Kemerdekaan Negara Ke – 59

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan al-Rahman yang telah mengurniakan nikmat dan rahmat ke atas sekalian manusia, maka kita dapat merasai limpah kurniaanya di atas bumi Malaysia ini. Bersempena sambutan bulan kemerdekaan negara kita yang ke – 59, Majlis Belia Malaysia ingin mengambil kesempatan merakamkan rasa sembah takzim kepada Tuhan yang telah memberikan kesentosaan kepada seluruh warganegara Malaysia dan hadiah kemerdekaan yang berterusan dinikmati. Kemerdekaan dan keamanan yang dikecapi  negara ini adalah penzahiran atas semangat kebersamaan dan komitmen berterusan pemimpin dan rakyat yang sentiasa berganding bahu memikul amanah negara.  Di bawah kepimpinan YAB Dato’ Sri Najib B. Tun Hj Abdul Razak, Malaysia melangkah sederap lagi ke hadapan dengan agenda transformasi menuju negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Hakikatnya, sebagai sebuah negara Islam yang dinamik lagi progresif, menurut peradaban dan Maqasid Syariah, pra syarat kepada pembikinan sesebuah negara bangsa menuntut kepada asas wujudnya keamanan serta kestabilan. Pengukuhan asas ini amatlah penting sebagai pemangkin ke arah memastikan negara Malaysia yang dicintai ini terus menuai kemakmuran dan berkongsi kesejahteraan bersama.

Pengulangan tema sambutan kemerdekaan “sehati sejiwa” pada tahun ini membuktikan keseriusan kerajaan untuk mencipta keluarga rakyat Malaysia yang mampu mengungkapkan kesepaduan sosial dalam setiap denyut nadi pelbagai lapisan rakyat.  “Sehati Sejiwa” menandakan sifat ‘seiya sekata, selangkah seiringan’,  ‘selenggang, seayun’ dalam satu suara dan matlamat sepunya menuju arah membawa negara ini menuju negara maju dan memastikan kemerdekaan ini terus berkelanjutan dan kemakmurannya terus melimpahi bumi tercinta ini.

Dalam konteks perjuangan belia, semangat kemerdekaan tahun ini turut  diraikan bersama dengan pengiktirafan demi pengiktirafan yang diberikan di peringkat antarabangsa kepada aktivis belia negara ini. Terbaharu penganugerahan Tokoh Belia ASEAN telah diberikan kepada Sdr Mohd Syahbuddin Hashim, Pengerusi Tetap Majlis Belia Malaysia sebagai kesinambungan pengiktirafan antarabangsa yang diberikan kepada Kishva Ambigapathy kerana telah dipilih sebagai Pengerusi Majlis Belia Komanwel. Hal ini membuktikan, sebagai negara yang merdeka dan berdaulat, rakyat negara ini turut memiliki kompetensi yang diperakukan di pelbagai peringkat dan tentunya peranan mereka jelas diperlukan. Semangat seperti inilah yang perlu dicontohi oleh warga belia negara untuk mengangkat martabat negara di peringkat tertinggi.

Majlis Belia Malaysia juga ingin menyampaikan pesan kepada seluruh rakyat negara ini khususnya kepada golongan belia untuk mengisi kemerdekaan ini dengan kesedaran menyeluruh  melalui suluhan ilmu, ketajaman fikiran dan jati diri yang utuh. Pergerakan tamaddun dunia hari ini memerlukan kita bersaing dalam medan keilmuan, intelektual, kemahiran generik, saintifik dan teknologi dengan menghasilkan pelbagai inovasi yang bakal menempatkan masyarakat dan negara berkenaan sebagai peneraju kemajuan dunia. Maka, marilah kita menanamkan kesedaran, melihat diri bukan sekadar perlu berperanan di kampung, daerah atau negeri sahaja, sebaliknya kutiplah semangat untuk menjadi generasi pemimpin tamaddun, pencorak dan pelakar sejarah baru yang bakal membawa masyarakat menuju kesejahteraan dalam erti kata kemerdekaan jiwa sepenuhnya.

Semoga kemerdekaan ini disambut dengan jiwa besar, dengan keluasan ufuk pemikiran seluruh warganegara Malaysia seiring dengan kematangan aspirasi kepemimpinan negara. Bersama berdiri, mengalirkan kecintaan kepada tanah tumpahnya darah kita, teguh menghadap arus, menahan badai gelombang dan terus mara memacu kegemilangan bersama, sehati dan sejiwa. Merdeka!

 

MBM21219

Presiden MBM

Tuan Haji Mua’amar Ghadafi  Jamal  Datuk Wira Jamaluddin

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM)




Literasi Media Dan Maklumat

Kuala Lumpur, 28 Ogos 2016 – Seseorang individu yang mempunyai kemahiran berfikir secara kritis akan mampu menyaring maklumat dan bahan teks yang tidak relevan dan berguna. Itu antara intipati penganjuran Program Literasi Media dan Maklumat sempena Program Singgah Santai@PNM yang berlangsung pada 27 Ogos 2016 di Pusat Hipermedia Dewasa, Perpustakaan Negara, Kuala Lumpur.

Program anjuran Jawatankuasa Penerangan, Penerbitan dan Media Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) ini merupakan siri lanjutan Literasi Media Kreatif yang telah diadakan sebelum ini.

Sesi yang berlangsung dalam suasana santai ini dibahagikan kepada dua sesi iaitu pagi dan petang melibatkan kehadiran 30 orang peserta terdiri dari pelajar kolej, ahli persatuan belia dan sukarelawan. Antara modul yang dibincangkan adalah pengenalan literasi maklumat dan media, etika penggunaan maklumat, pengurusan maklumat dan kuiz.

Program dikendalikan oleh fasilitator berpengalaman dari Bahagian Gerakan Literasi Maklumat (PNM) iaitu Puan Zuliana Ab. Rashid, Rosnita Abdul Ghani dan Mohd Ikhmil Firdaus.

Puan Zuliana berkata, “walaupun pengisiannya lebih tertumpu kepada pengenalan dan asas literasi maklumat, namun ia sedikit sebanyak dapat memberi kefahaman kepada peserta tentang tatacara pengunaan maklumat yang betul. Ini kerana generasi muda hari ini lebih cenderung menggunakan teknologi ini sebagai ‘jalan mudah’ dalam melaksanakan apa sahaja agenda mereka termasuklah golongan pelajar sekolah, IPT dan belia tanpa mengetahui implikasi dan kesan terhadap tindakan mereka”.

“Beliau juga mencadangkan agar program ini dapat dilaksanakan di peringkat negeri dengan kerjasama cawangan Perpustakaan Negeri dan majlis belia negeri-negeri”, ujarnya.

Majlis berakhir dengan sesi penyampaian sijil dan bergambar.

 

IMG_20160827_101718 IMG_20160827_101812 IMG_20160827_114039 IMG_20160827_150351 IMG_20160827_150737 IMG_20160827_153110 IMG_20160827_162236 IMG_20160827_163448 IMG_20160827_165031 IMG_20160827_172105 IMG_20160827_172222 IMG_20160827_172403

 




Siaran Media : Mohd Syahbuddin Hashim Dipilih Tokoh Belia ASEAN 2016

SIARAN MEDIA

MAJLIS BELIA MALAYSIA

 

MOHD SYAHBUDDIN DIPILIH TOKOH BELIA ASEAN 2016

 

Siem Reap, Kemboja 26 Ogos 2016 – Sdr. Mohd Syahbuddin Bin Hashim, 39, Pengerusi Tetap Majlis Belia Malaysia (MBM) yang juga penerima Anugerah Perdana Belia Negara 2016 dianugerahkan Tokoh Belia ASEAN 2016 bersama dengan 9 orang lagi belia yang terpilih bagi menerima anugerah tersebut.

 

Dalam majlis yang sama, Sdr. Nor Azman Bin Yahaya, 33, yang mewakili Gerakan Belia 4B (M) Baling, Kedah (Penerima Anugerah Persatuan Belia Terbaik Hari Belia Negara 2016) pula menerima Anugerah The Accomplished Youth Organizations Awards in ASEAN (TAYO) bagi kategori Persatuan.

Kedua-dua anugerah ini adalah pengiktirafan dari Sekretariat ASEAN kepada kesemua belia sama ada individu atau persatuan bagi menghargai kerja-kerja belia atau kesukarelaan yang telah bersama-sama membantu dari segi pembangunan belia di negara masing-masing dan juga serantau.

 

Anugerah tersebut disampaikan sempena 21st ASEAN Youth Day Meeting (AYDM), ASEAN Youth Award dan The Accomplished Youth Organizations Awards in ASEAN (TAYO) yang berlangsung pada 25 hingga 26 Ogos 2016 di Siem Reap, Kemboja. Program yang dihoskan oleh Kemboja selaku tuan rumah ini turut menganjurkan 8th ASEAN Senior Official Meeting on Youth (SOMY) yang dihadiri oleh menteri-menteri belia ASEAN bagi membincangkan isu belia serantau, laporan berkaitan aktiviti belia di negara-negara anggota ASEAN serta perbincangan mengenai Pelan Kerja ASEAN mengenai Belia (ASEAN Work Plan on Youth) 2016-2020.

 

Calon-calon yang dipilih adalah mereka yang diiktiraf dan telah memenangi beberapa anugerah di peringkat kebangsaan yang melayakkan mereka mewakili Malaysia bagi menerima penganugerahan TAYO ASEAN Award iaitu anugerah belia tertinggi peringkat ASEAN.

 

Mohd Syahbuddin menganggap pengiktirafan yang diberikan ini adalah milik seluruh belia di Malaysia. “Saya berazam untuk menjadikan anugerah ini sebagai landasan untuk mengeratkan hubungan belia di negara-negara ASEAN”.

 

“Saya juga berharap pengiktirafan ini akan memberi galakan kepada generasi muda Malaysia untuk terlibat dalam pertubuhan dan aktiviti belia. Mereka bukan sahaja harus cemerlang sebagai pemimpin pertubuhan belia di peringkat tempatan, malah perlu bersedia bersaing sehingga ke peringkat antarabangsa”, tambah beliau.

 

Manakala, Nor Azman pula menyifatkan anugerah yang diterima ini sebagai pengiktirafan dan pembakar semangat untuk beliau dan rakan-rakan dalam persatuan untuk berusaha lebih gigih mengangkat memartabatkan persatuan belia.

 

Turut serta dalam delegasi Malaysia ini ialah Sdr. Jufitri Joha, Naib Presiden MBM yang merupakan bekas pemenang Anugerah Tokoh Belia ASEAN 2014, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Ahli Jawatankuasa Kerja MBM dan Sdri. Norzulaiqha binti Zulkifli, Ahli Parlimen Belia Malaysia untuk berkongsi pengalaman di samping memberi sokongan kepada peserta Malaysia.

 

Selain Malaysia, beberapa negara-negara anggota ASEAN lain turut menghantar peserta untuk dinilai oleh barisan juri yang berpengalaman dalam bidang kebeliaan dan kesukarelaan.

 

Sekian, terima kasih.

 

 

AHMAD SAPARUDIN YUSUP

Setiausaha Agung

Majlis Belia Malaysia

Mohd Syahbuddin Nor Azman Yahaya FB_IMG_14722622565716458




Kesukarelaan : Apa Aku Dapat ?

Serdang, 25 Ogos 2016 – Kesukarelaan dilihat sebagai sebuah bidang yang mendapat perhatian daripada mahasiswa dan mahasiswi. Namun, kebanyakan daripada mereka tidak mengetahui cara atau proses bagaimana untuk terlibat secara langsung dalam bidang mulia ini. Justeru, Majlis Belia Malaysia (MBM) melihat perkara ini sebagai inisiatif yang sangat baik untuk dibincangkan. Menerusi program Dialog Kesukarelaan : Apa Aku Dapat? #SempoiBersamaMBM  yang dicetuskan oleh pelajar praktikal MBM yang berlansung di L’Apprenti Café @Golf Universiti Putra Malaysia telah mendapat sambutan yang memberansangkan daripada kira-kira 30 orang peserta.

Program dialog ini telah menampilkan Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Ahmad Saparudin Yusup dan Sdr. Rizan Hassan Ketua Penerangan MBM sebagai para panel dan Sdr. Hasnul Haniff Harun selaku moderator. Selaras dengan objektif, program yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para belia mengenai apa yang mereka dapat jika mereka terlibat dalam dunia sukarelaan. Selain itu, program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kepada belia mengenai kelebihan kesukarelaan.

Di samping itu, program ini juga dilihat sebagai platform utama kepada para belia mengenai kesukarelawan untuk berkongsi pengetahuan dan kemahiran dengan pihak yang memerlukan. Program yang berlansung selama hampir dua jam ini mempunyai dua pusingan sebelum sesi soalan jawab oleh para peserta. Dialog yang berkonsepkan santai ini dilihat lebih kepada sesi perkongsian para panel yang sememangnya tidak asing lagi dalam dunia kesukarelaan. Para peserta turut bertanyakan pelbagai soalan yang memperlihatkan minat mereka terhadap kesukarelaan. Majlis juga diserikan lagi dengan amanat beserta sedikit perkongsian oleh  Presiden MBM sendiri , Tuan Hj. Mua’amar Ghadafi Jamal Dato’ Wira Jamaludin. Program diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai dan jamuan yang disediakan.

Turut hadir memeriahkan program ini ialah Timbalan Presiden MBM, Sdr. Mohd Zaidi Aziz, Exco MBM Sdr. Wan Mohd Husni Abdullah, Sdr. Mohd Nor Nari dan Sdr. Muhammad Fadzli Hasan dan Sdr. Wan Azmeer Majlis Belia Negeri Selangor.

MBM21119 MBM21124 MBM21126 MBM21130 MBM21132 MBM21135 MBM21139 MBM21143 MBM21147 MBM21148 MBM21149 MBM21152 MBM21156 MBM21157 MBM21158 MBM21160 MBM21162 MBM21163 MBM21174 MBM21180 MBM21184 MBM21186 MBM21190 MBM21191 MBM21194 MBM21196 MBM21197 MBM21210 MBM21211 MBM21215 MBM21217 MBM21218 MBM21219 MBM21229