Home / Berita / Literasi Media Dan Maklumat

Literasi Media Dan Maklumat

Kuala Lumpur, 28 Ogos 2016 – Seseorang individu yang mempunyai kemahiran berfikir secara kritis akan mampu menyaring maklumat dan bahan teks yang tidak relevan dan berguna. Itu antara intipati penganjuran Program Literasi Media dan Maklumat sempena Program Singgah Santai@PNM yang berlangsung pada 27 Ogos 2016 di Pusat Hipermedia Dewasa, Perpustakaan Negara, Kuala Lumpur.

Program anjuran Jawatankuasa Penerangan, Penerbitan dan Media Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) ini merupakan siri lanjutan Literasi Media Kreatif yang telah diadakan sebelum ini.

Sesi yang berlangsung dalam suasana santai ini dibahagikan kepada dua sesi iaitu pagi dan petang melibatkan kehadiran 30 orang peserta terdiri dari pelajar kolej, ahli persatuan belia dan sukarelawan. Antara modul yang dibincangkan adalah pengenalan literasi maklumat dan media, etika penggunaan maklumat, pengurusan maklumat dan kuiz.

Program dikendalikan oleh fasilitator berpengalaman dari Bahagian Gerakan Literasi Maklumat (PNM) iaitu Puan Zuliana Ab. Rashid, Rosnita Abdul Ghani dan Mohd Ikhmil Firdaus.

Puan Zuliana berkata, “walaupun pengisiannya lebih tertumpu kepada pengenalan dan asas literasi maklumat, namun ia sedikit sebanyak dapat memberi kefahaman kepada peserta tentang tatacara pengunaan maklumat yang betul. Ini kerana generasi muda hari ini lebih cenderung menggunakan teknologi ini sebagai ‘jalan mudah’ dalam melaksanakan apa sahaja agenda mereka termasuklah golongan pelajar sekolah, IPT dan belia tanpa mengetahui implikasi dan kesan terhadap tindakan mereka”.

“Beliau juga mencadangkan agar program ini dapat dilaksanakan di peringkat negeri dengan kerjasama cawangan Perpustakaan Negeri dan majlis belia negeri-negeri”, ujarnya.

Majlis berakhir dengan sesi penyampaian sijil dan bergambar.

 

IMG_20160827_101718 IMG_20160827_101812 IMG_20160827_114039 IMG_20160827_150351 IMG_20160827_150737 IMG_20160827_153110 IMG_20160827_162236 IMG_20160827_163448 IMG_20160827_165031 IMG_20160827_172105 IMG_20160827_172222 IMG_20160827_172403

 

About faizal shuhaimi

Leave a Reply