Home / Berita / Program Penghakupayaan Pelajar Bersama Tokoh Belia Kebangsaan Siri 3

Program Penghakupayaan Pelajar Bersama Tokoh Belia Kebangsaan Siri 3

Telah berlangsung Program Penghakupayaan Pelajar Siri 3 bersama tokoh belia kebangsaan dengan jayanya di Sekolah Menengah Agama Repah, Tampin Negeri Sembilan pada 30 hingga 31 Julai 2016. Program ini adalah lanjutan daripada program pertama dan kedua yang diadakan di SMA al-Khairiah Kuala Nerang dan Sekolah Agama Menengah Sungai Dorani, Sabak Bernam yang telah dijalankan sebelumnya.

J/K Pendidikan MBM mengambil inisiatif menganjurkan program ini dengan kerjasama Sekolah Pembangunan Kerja Belia & Komuniti (SPKB), Yayasan Taqwa sebagai penaja serta Persatuan Alumni SMA Repah yang memainkan peranan sebagai fasilitator bagi program ini dan pihak sekolah selaku tuan rumah.

Program ini membariskan Sdr. Jufitri Joha Naib Presiden MBM dan Sdr Suhail Kamaruddin sebagai ikon belia yang berkongsi kejayaan mereka para peserta yang terlibat. Manakala slot penuh program ini dikendalikan oleh Sdr Muhamad Hanapi Jamaludin daripada SPKB. Pengisian yang dijalankan ialah Latihan Dalam Kumpulan (LDK), forum bersama alumni, tayangan video motivasi, halaqah fikir dan zikir.  Matlamatnya, supaya dapat melahirkan generasi pelajar yang berjiwa besar serta mampu memberi dampak yang positif dengan lebih luas.

Semoga program ini dapat memacu kesedaran kepada generasi pelajar dan belia supaya memiliki ilmu dan kemahiran yang cukup untuk memerdayakan masyarakat.

 

13641067_1351770291518534_6767811450203862232_o 13641255_1351730614855835_5999953878415220248_o 13668780_1351733441522219_1213729857351796916_o 13668864_1351725964856300_5471646022411345195_o 13909081_1351724858189744_4155773409043549681_o 13914048_1351729051522658_4425166669715100783_o 13914130_1351771124851784_1969922436767390175_o 13920319_1351725151523048_4286429204007345441_o

 

 

About faizal shuhaimi

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino