Home / Berita / Meriahnya Syawal MBM 1437H

Meriahnya Syawal MBM 1437H

Cheras 28 Julai – Telah berlangsung dengan jayanya Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Majlis Belia Malaysia yang bertemakan “Meriahnya Syawal 1437H” bertempat di Tapak Pakir, Taman Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur bermula pada pukul 3.00 petang hingga 7.00 malam yang dihadiri seramai 5000 orang.

Pelbagai jenis juadah hari raya yang disediakan di samping persembahan iringan kumpulan Irama Malaysia “Hati Malaya”.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran tetamu VIP iaitu Y.B. Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Menteri Belia Dan Sukan Y.B. Encik Khairy Jamaluddin, Timbalan Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan Y.B. Datuk Mas Ermieyati, Ketua Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negara Y.B. Datuk Hatipah Ibrahim dan Pendaftar Pertubuhan Belia Y.B. Dato’ Madzrib Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif IYRES Dr. Hjh. Wasitah.

Turut hadir Exco dan Dewan Tertinggi MBM, badan-badan gabungan MBM. pemimpin dan ahli-ahli pertubuhan belia, pelajar sekolah dan institut pengajian tinggi, wakil-wakil NGO dan masyarakat setempat.
Pada majlis yang sama juga MBM menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim, asnaf, ibu tunggal dan kanak-kanak yang disampaikan oleh Presiden MBM Tuan Hj. Mua’amar Ghadafi Jamal Jamaludin.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, majlis ini merupakan platform dan ruang terbaik MBM khususnya pemimpin dan ahli-ahli pergerakan belia mengeratkan silatulrahim disamping mendekatkan pergerakan belia dengan masyarakat setempat supaya kehadiran kita dalam masyarakat dapat dirasai. Lebih dari itu, aldilfitri sebenarnya memberi ruang kepada kita untuk lebih kenal-mengenali tidak mengira kaum, bangsa dan agama dengan mengenepikan segala perselisihan pendapat, fahaman politik dan sebagainya.
MBM29585 MBM29586 MBM29592 MBM29593 MBM29597 MBM29598 MBM29603 MBM29699 MBM29697 MBM29691 MBM29696 MBM29695 MBM29689 MBM29687 MBM29685 MBM29684 MBM29682 MBM29680 MBM29679 MBM29675 MBM29674 MBM29673 MBM29671 MBM29669 MBM29668 MBM29660 MBM29659 MBM29655 MBM29650 MBM29648 MBM29645 MBM29644 MBM29643 MBM29642 MBM29641 MBM29639 MBM29637 MBM29636 MBM29634 MBM29631 MBM29630 MBM29625 MBM29624 MBM29620 MBM29619 MBM29616 MBM29612 MBM29606 MBM29700 MBM29702 MBM29706 MBM29708 MBM29712 MBM29716 MBM29718 MBM29719 MBM29730 MBM29731 MBM29732 MBM29734 MBM29735 MBM29736 MBM29737 MBM29738 MBM29739 MBM29740 MBM29741 MBM29742 MBM29743 MBM29747 MBM29748 MBM29753 MBM29762 MBM29809 MBM29821 MBM29814 MBM29807 MBM29804 MBM29801 MBM29800 MBM29797 MBM29793 MBM29788 MBM29787 MBM29786 MBM29785 MBM29773 MBM29772 MBM29768 MBM29767 MBM29766 MBM29820 MBM29821 MBM29828 MBM29829 MBM29836 MBM29839 MBM29840 MBM29843 MBM29856 MBM29857 MBM29858 MBM29859 MBM_8003 MBM_8008 MBM_8013 MBM_8070 MBM_8068 MBM_8073 MBM29861 MBM29863 MBM29866 MBM29868 MBM29870 MBM29871 MBM29875

About faizal shuhaimi

Leave a Reply