Home / Berita / Sembang Santai Bersama Penerima Anugerah Khas Belia Negara 2016

Sembang Santai Bersama Penerima Anugerah Khas Belia Negara 2016

image_pdfimage_print

Pada 22 Jun 2016 telah berlangsung Program Sembang Santai Bersama Penerima Anugerah Khas Belia Negara 2016 yang telah diadakan di Pejabat Pertubuhan Belia Kerapatan Graduan Muda (KAGUM), Aras 2 Wisma Unikeb UKM Bangi dari jam 2.00 hingga 5.00 petang. Program Sembang Santai ini dikelolakan oleh Saudara Jufitri Joha, Naib Presiden Majlis Belia Malaysia bersama penceramah jemputan iaitu Saudari Hafizah Noor Isa yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas Belia Negara 2016. Turut hadir Setiausaha Agung MBM Sdr. Ahmad Saparudin Yusup

Program ini adalah anjuran bersama Pertubuhan Belia Kerapatan Graduan Muda, Majlis Belia Malaysia, Pergerakan Puteri Islam Malaysia dan kumpulan pelajar Institut Profesional Baitulmal, Putrajaya.  Konsep yang diketengahkan adalah berbentuk bersahaja di mana tetamu jemputan dan para peserta melakukan perbincangan dan perkongsian ilmiah secara santai. Saudari Hafizah yang merupakan calon PHD Fizik Material di University Of Glasgow telah berjaya membuktikan teori gelombang graviti yang diramal Einstein pada tahun 1915, telah berkongsi rentetan perjalanan beliau semasa belajar dan bekerja sebagai pensyarah di Malaysia dan seterusnya menyambung pelajarannya dalam  bidang ijazah kedoktoran di United Kingdom.

Gadis hebat ini menceritakan tentang bagaimana semangat ingin tahu dan juga sikap cuba jaya dalam melakukan sesuatu telah banyak mendorong ke arah kejayaannya. Bermula dengan menyertai kumpulan Institute of Gravitational Research (IGR) sebagai ahli fizik material di University of Glasgow, beliau membantu kumpulan ini untuk memperbaiki instrumen bagi meningkatkan tahap sensitiviti “detector gravitational waves”.  Setelah beberapa percubaan dan penambahbaikan dilakukan, pada tarikh bersejarah 15 Sept 2015, saudari Hafizah dan rakan kumpulannya berjaya membuktikan teori Albert Einstein, di mana gelombang yang di kesan sama seperti gelombang yang diramal  oleh Einstein.

Selain itu, saudari Hafizah juga berkongsi aspirasi dan kemahuannya yang sangat tinggi untuk berbakti kepada anak bangsa dan juga negara. Di sepanjang program berlangsung juga, sesi bertukar pandangan dan pertanyaan soalan juga turut dilakukan di antara peserta dan tetamu jemputan. Pada pukul 5.00 petang ahli program bersurai.

 

IMG_20160622_162148 IMG_20160622_162157 IMG_20160622_162118 IMG_20160622_163107

About faizal shuhaimi

Profile photo of faizal shuhaimi

Leave a Reply

Skip to toolbar