Home / Berita / MAHA Hindu Youth Unity Fest 2016

MAHA Hindu Youth Unity Fest 2016

Petaling Jaya 5 Jun – Telah berlangsung Program Larian Perpaduan sempena MAHA Hindu Youth Unity Fest 2016 anjuran Majlis Belia Hindu  (HYO) dan beberapa organisasi Hindu yang berlangsung pada 4-5 Jun 2016 di Dataran Petaling Jaya, Selangor.

Sdr. Ahmad Saparudin Yusup, Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia turut hadir memberi sokongan dalam program ini. Beliau turut menyampaikan hadiah utama kepada pemenang-pemenang cabutan bertuah.

Program yang menghimpunkan belia Hindu dari seluruh negara ini diisi dengan pelbagai acara seperti pameran ketamadunan Hindu, persembahan Urumi Malam terbesar, ceramah, derma darah, konsert Hindu, flash mob Hindu terbesar dan banyak lagi. MBM melalui Komuniti Sukarelawan Belia 1Malaysia (MYVOC) turut hadir sama-sama memeriahkan program tersebut. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato Seri S. Subramaniam, Menteri Kesihatan Malaysia pada 4 Jun 2016.

Presiden HYO, Sdr. Mahendran Nadason berkata, program ini bertujuan menghimpunkan seluruh masyarakat Hindu terutamanya belia dalam semangat kekeluargaan dan perpaduan di samping meningkatkan kefahaman tentang agama.

IMG-20160605-WA0000 IMG-20160605-WA0001 IMG-20160605-WA0005 IMG-20160605-WA0006 IMG-20160605-WA0008 IMG-20160605-WA0010 IMG-20160605-WA0011 IMG-20160605-WA0012 IMG-20160605-WA0009

About faizal shuhaimi

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »