Daftar Pemilih Parlimen Belia Dilanjutkan Sehingga 15 Julai 2016

Pengumuman, PENDAFTARAN BAHARU & KEMASKINI DAFTAR PEMILIH akan dilanjutkan sehingga 15 Julai 2016!

Belia yang berumur 15-40 tahun yang masih belum mendaftar, boleh DAFTAR SEKARANG di https://epbm.parlimenbelia.gov.my

 




Lebih 12,000di #FitPenang

Program Fit Malaysia anjuran Kementerian Belia dan Sukan terus mendapat sambutan luar biasa selepas lebih 12,000 orang menyertai acara itu dalam penganjurannya di Balik Pulau, Pulau Pinang, Ahad lalu.

Penganjuran kali keempat bagi tahun ini serta kali kedua di negeri itu menyaksikan seramai 10,644 orang menyertai acara larian manakala 1,467 peserta pula mengambil bahagian dalam acara berbasikal.

Lebih meriah apabila Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin turut mengambil bahagian dalam acara larian sejauh 30 kilometer (km).

Menurut Khairy, sambutan luar biasa orang ramai dalam setiap kali penganjuran program tersebut menunjukkan minat rakyat yang semakin tinggi ke arah gaya hidup sihat dan cergas.

Sehubungan itu, tambah beliau, kerajaan khususnya kementeriannya akan melipatgandakan program sedemikian sama ada menerusi platform Fit Malaysia atau program lain seperti kempen 10,000 langkah sehari yang dianjurkan Kementerian Kesihatan.

“Secara tidak langsung, program seperti ini dapat membantu negara melahirkan atlet untuk diketengahkan di peringkat antarabangsa. Ini kerana kita lebih mudah mencungkil bakat baharu, lebih-lebih lagi dengan penyertaan lebih ramai golongan muda,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan program Fit Malaysia itu yang berlangsung di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Seri, Balik Pulau.

Turut menyertai program itu ialah Timbalan Menteri Kesihatan yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya.

Program bertemakan #FitPenang itu bermula pada pukul 6.30 pagi dan berakhir kira-kira pukul 12.00 tengah hari membabitkan dua acara utama iaitu larian dan berbasikal.

Bagi acara larian, dua kategori dibuka iaitu 5 km dan 10 km manakala berbasikal pula sejauh 10 km dan 30 km dengan penyertaan adalah percuma.

Balik Pulau merupakan destinasi keempat penganjuran program itu tahun ini selepas diadakan di Miri, Sarawak; Masjid Tanah; Melaka dan Kuala Perlis, Perlis.

Tapah, Perak pula akan menjadi lokasi penganjuran kelima yang dijadual pada 29 Mei ini, sebelum program yang bakal dijadikan acara tahunan ini menjelajah ke seluruh negara sehingga November depan.

Sementara itu, Khairy berkata, Fit Malaysia akan dijenamakan sehingga menjadi pusat sehenti bagi aktiviti-aktiviti berbentuk kecergasan dan kesihatan dalam kalangan rakyat.

Menurutnya, usaha itu akan dilihat lebih berkesan dalam mengajak rakyat ke arah gaya hidup sihat memandangkan penyertaan dalam acara yang dianjurkan menerusi Fit Malaysia adalah percuma.

– See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/berbasikal/lebih-12-000di-fitpenang-1.335747#sthash.6akszmX7.dpuf




FitMasjid diperluas 
ke seluruh negara – Khairy

SHAH ALAM 28 Mei – Kementerian Belia dan Sukan akan memperluaskan program FitMasjid ke seluruh negara berikutan sam­butan menggalakkan pada hari pelancaran di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong di sini.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, lokasi seterusnya adalah Pahang yang dijangka dilaksanakan selepas Aidilfitri ini.

Katanya, program tersebut bukan sahaja menggalakkan belia mengimarahkan masjid, malah menggalakkan gaya hidup sihat dengan melakukan aktiviti kecergasan.

“Kementerian mahu menarik belia untuk merapatkan diri de­ngan masjid dan komunitinya. Selain itu, kita juga mahu menggalakkan gaya hidup sihat iaitu masjid menjadi tumpuan terma­suk menjalankan aktiviti dan ke­giatan riadah.

“Ini bersesuaian dengan slogan Beribadat dan Beriadah, Fit Dunia dan Akhirat. Kita mahu bentuk belia menjadi individu yang bukan sahaja cergas di dunia tapi juga cergas persediaan di akhirat,” katanya selepas melancarkan program FitMasjid yang julung kali­nya diadakan di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Presiden Majlis Belia Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim.

Dalam program hari ini, kira-kira 1,000 peserta hadir seawal pukul 5.30 pagi yang turut diselitkan dengan kuliah pagi oleh pendakwah terkenal, Datuk Mohd. Kazim Elias.

Program seterusnya diikuti aktiviti berjalan kaki sejauh tiga kilometer, larian sejauh tujuh kilometer, kayuhan basikal dan senamrobik.

Khairy menambah, sam­butan di negeri ini amat baik dan be­liau difahamkan kehadiran peserta sama seperti jumlah jemaah semasa solat Jumaat.

“Pengunjung terutama belia yang hadir menunjukkan minat dan sanggup menunggu sehingga habis program,” ujar­nya.

– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/fitmasjid-diperluas-8232-ke-seluruh-negara-8211-khairy-1.335885#sthash.epcRxn79.dpuf




Sehari Bersama Orang Kurang Upaya (OKU)

Telah berlangsung program “Sehari Bersama OKU” pada 27 Mei 2016 di Pusat Latihan Perindustrian & Pemulihan Bangi (PLPP) yang bermula pada pukul 8.00 pagi adalah anjuran Pusat Pengajian Psikologi & Pembangunan Manusia Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama UKM, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), PLPP, Murni Nursing College, Majlis Belia Malaysia (MBM), Kementerian Belia & Sukan Malaysia (KBS) dan Malaysian Humanitarian Movement.

Turut hadir ialah Sdr. Hasnul Haniff Exco MBM dan Dr. Aizan Sofia Amin Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, UKM.

Program yang diadakan ini adalah bertujuan untuk memupuk interaksi sosial yang sihat dan positif di antara OKU dan belia bukan OKU, memberi pendedahan kepada belia bukan OKU akan keperluan OKU dan memberi motivasi kepada OKU dengan menunjukkan bahawa mereka juga boleh hidup berdikari dalam masyarakat.

Program ini bermula dengan aktiviti suai kenal dan ramah mesra dengan Mentor (Sukarelawan Sokongan OKU pelajar Murni International College) dan Menti (pelajar OKU PLPP), seterusnya ucapan oleh Sdr. Hasnul Haniff Exco MBM. Diteruskan lagi dengan Ceramah Kesihatan (penggunaan ubat-ubatan) yang disampaikan oleh Puan Nor Liana Che Yaacob.

Menyelusuri kehidupan pelajar OKU PLPP, melihat tempat mereka belajar dan kemudahan-kemudahan lain yang disediakan.

Pada sebelah petang pula diadakan Forum Inspirasi OKU bersama 4 Ikon OKU yang diundang untuk berkongsi pengalaman bersama pelajar-pelajar PLPP yang dipengerusikan oleh Dr. Aizan Sofia Amin Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, UKM dan antara 4 ikon tersebut adalah Puan Norisah Bahrom (mulai mengalami OKU pada usia 15 tahun, memegang jawatan sebagai Penolong Pegawai IT di Kementerian Pelancongan Malaysia, seorang atlet paralimpik yang berjaya), Encik Hairul Adzman Hassan (OKU semasa lahir, merupakan Pegawai Mydin), Cik Suhaina Mohamed Ariffin (OKU sejak kecil lagi, merupakan Eksekutif Pemasaran Insuran dan bekas pelajar PLPP) dan Encik Che Abu Bakar Mat (merupakan usahawan runcit yang berjaya dan juga seorang atlet paralimpik).

 

MBM25386 MBM25389 MBM25395 MBM25398 MBM25400 MBM25402 MBM25404 MBM25405 MBM25408 MBM25411 MBM25412 MBM25414 MBM25415 MBM25416 MBM25418 MBM25422 MBM25423 MBM25426 MBM25427 MBM25428 MBM25429 MBM25430 MBM25431 MBM25432 MBM25433 MBM25435 MBM25438 MBM25439 MBM25447 MBM25451 MBM25453 MBM25454 MBM25458 MBM25459 MBM25462 MBM25463 MBM25465 MBM25466 MBM25468 MBM25469 MBM25473 MBM25474 MBM25475 MBM25477 MBM25478 MBM25480 MBM25481 MBM25483 MBM25487 MBM25492 MBM25493 MBM25494 MBM25498 MBM25499 MBM25504 MBM25507 MBM25508 MBM25510 MBM25514 MBM25515 MBM25517 MBM25520 MBM25521 13319740_1112141568842862_6906253389509636763_n