Home / Berita / Sambutan Hari Belia Negara 2016

Sambutan Hari Belia Negara 2016

image_pdfimage_print

Sambutan Hari Belia Negara 2016 telah berlangsung dengan jayanya pada 15 Mei 2016 bertempat di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Universiti Putra Malaysia, Serdang pada pukul 2.00 petang yang dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri.

Turut hadir Menteri Belia Dan Sukan YB. Khairy Jamaluddin, Timbalan Menteri Belia Dan Sukan YB. Datuk M Saravanan, Ketua Setiausaha Kementerian Belia Dan Sukan YB. Dato’ Lokman Hakim dan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Tuan Hj. Mua’amar Ghadafi Jamal.

Dalam ucapan Tuan Hj. Mua’amar Ghadafi Jamal memberitahu atas semangat kebeliaan, nikmat kesukarelaan yang mengalir dalam diri belia malaysia, MBM memulai lebih awal sambutan Hari Belia Negara pada 6 Mei melalui program Jamboree Rekreasi dan Sukan Lasak di Kg Ulu Slim, Perak sempena meraikan Tanjung Malim sebagai Bandar Belia atau 1Malaysia Youth City (1MYC) dan sambutan seterusnya sambutan hari belia dibeberapa negeri serta akan menjelajah ke kampus2 universiti yang tersenarai demi mendekati semua kelompok belia dalam Negara ini. Sebagai Presiden MBM saya mempunyai visi untuk melihat Negara ini akan diwarisi oleh pemimpin yg berilmu dan berkaliber, saya mempunyai visi untuk melihat Negara maju dan digerakkan oleh pekerja-pekerja tempatan yang berkebolehan dan kompeten, dan saya mempunyai impian agar Negara kita dapat diwariskan kepada generasi yang berilmu, kreatif dan mempunyai sifat kasih dan sayang sesama masyarakat dan cinta Negara ini. Untuk menjadikan visi ini realiti, saya percaya Negara kita perlu tumpukan bukan sahaja kpd pembangunan infrastruktur / tetapi yg lebih penting adalah kita perlu tumpukan kepada pembangunan modal insan berkualiti tinggi.

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah mengumumkan peruntukan RM10 Juta kepada Majlis Belia Malaysia (MBM) untuk tempoh 2 tahun ini. Peruntukan berkenaan diberikan untuk program pembangunan belia di akar umbi melalui MBM yang akan disalurkan kepada Majlis Belia Negeri. Beliau juga turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM500 Juta untuk Tabung Usahawan Belia yang akan diletakkan dibawah Kementerian Belia dan Sukan. Dalam pada itu juga beliau mengumumkan Hari Belia Negara 2017 akan kembali di Putrajaya dengan lebih banyak program akan disusun.

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut melancarkan Buku Tokoh Belia Milennia dan hotspot percuma untuk warga Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang.

Seterusnya penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara oleh Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang setiap tahun diberikan kepada para belia yang berjaya dalam bidang masing-masing. Tahniah untuk semua pertubuhan belia dan individu-individu yang dinobatkan anugerah tahun ini.

Anugerah Khas Ikon Belia tahun ini diberikan kepada Hafizah Noor Isa dari Machang, Kelantan yang telah mengharumkan nama negara sebagai salah satu penyelidik yang terlibat dalam kajian Gravitational Wave. Beliau yang kini belajar di Universiti Glasgow dalam bidang PhD Material Physics menerima anugerah ini sebagai inspirasi kepada anak muda Malaysia yang lain untuk terlibat dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik atau STEM, dan menjadi penyelidik bertaraf dunia demi masa negara.

Bagi pemenang-pemenang kategori kepimpinan belia pula, ucapan tahniah kepada mereka yang cemerlang dalam organisasi masing-masing. Mereka adalah:

1. GERAKAN BELIA 4B (M) MALAYSIA KAWASAN BALING, KEDAH
JOHAN KATEGORI PERTUBUHAN BELIA

2.PERSATUAN BELIA KG. JERAM BESU
NAIB JOHAN KATEGORI PERTUBUHAN BELIA

3.PERSATUAN BELIA (MBFM) FELDA JELAI 3
KETIGA KATEGORI PERTUBUHAN BELIA

4.MOHD SYAHBUDDIN BIN HASHIM
ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA KATEGORI INDIVIDU LELAKI

5.VANITA A/P BATUMALAI
ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA KATEGORI INDIVIDU WANITA

6.HAZRUL HAFIZI BIN ABD HALIM
ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA KATEGORI EMAS REMAJA PERDANA

 

MBM_3109 MBM_3117 MBM_3213 MBM_3269 MBM_3286 MBM_3333 MBM_3350 MBM_3362 MBM_3377 MBM_3486 MBM_3537 MBM_3594 MBM_3642 MBM_3757 MBM_3856 MBM_3861 MBM_3869 MBM_3878 MBM_3957 MBM_4013 MBM_4025 MBM_4046 MBM_4053 MBM_4070 MBM_4076 MBM_4093 MBM_5303 MBM_5369 MBM_5384 MBM_5416 MBM_5449 MBM24170 MBM24188 MBM24191 MBM24205 MBM24206 MBM24207 MBM24214 MBM24216 MBM24219 MBM24235 MBM24238 MBM24240 MBM24245 MBM24274 MBM24276 MBM24287 MBM24302 MBM24304 MBM24308 MBM24312 MBM24315 MBM24320 MBM24338 MBM24347 MBM24349 MBM24351 MBM24357 MBM24360 MBM24366 MBM24371 MBM24379 MBM24395 MBM24412 MBM24414 MBM24416 MBM24422 MBM24439 MBM24460 MBM24483  13237600_1364629170220347_5926595755170519842_n 13076920_1364629176887013_6926578646106957536_n (1)

 

 

 

About faizal shuhaimi

Profile photo of faizal shuhaimi

Leave a Reply

Skip to toolbar